Penghasilan satu dekorasi baru pada rumah sewa pada ketika ini memang sudah menjadi perkara yang biasa. Lebih-lebih lagi apabila pemilik asal rumah tersebut membenarkan menyewanya untuk melakukan apa sahaja asalkan rumah tersebut kekal cantik dan menarik. Itu yang dilakukan oleh penyewa ini yang bernama Sumarti Ana. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah sewa lama kepada deco baru.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Sudah 4 tahun menyewa, Mula-mula duduk rumah ini berkonsepkan English/Country. Tetapi lama kelamaan rasa bosan, jadi beliau jual segala barangan dan perabot yang berkaitan.
Sekarang beliau ingin mengubah tema rumahnya dengan tema moden klasik. Walaupun suka bertukar tema, tetapi yang serabut-serabut penuh barang macam dulu itu memang tak nak guna dah tema tu.
Ini baru selesai diy faux fireplace hasil rujukan dari Pinterest dengan tema sedap mata memandang.
Proses kedua pula adalah dengan melakukan diy picket fence dan shiplap untuk ruang pintu masuk.
Pada ketika ini lagi 4 keping tak cukup dan tunggu lori hantar barang, bila sudah sampai kejap lagi sambung pasang semula.
Pada ketika ini proses mengecat dengan cat putih lagi 30% nak siao. Kemudian, sapukan sedikit cat hitam lagi 20% nak siap. Itulah konsep yang diterapkan pada pagar, segalanya putih dan bahagian pagar besi itu warna hitam. Seterusnya hanya proses cantikkan kawasan cat yang bercapuk itu.
Pada bahagian pagar itu nanti beliau mahu pasang lampu solar yang berharga rm4 itu. Kemudian, tampal no rumah dan beli pokok mandiri letka dalam pasu hitam tinggi dekat tiang pagar itu pada kawasan bawah lampu solar.
Seterusnya pula adalah proses pemasangan grand mirror pada kawasan ruang tamu. Cermin disusun terlebih dahulu sebelum bingkai tersebut dicat.
Kemudian, frame cermin utama itu disapu dicat dengan warna putih.
Inilah hasil setelah cermin selesai ditampal pada bingkai tersebut.
Keadaan cermi utama setelah selesai dipasang pada dinding ruang tamu.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.