Dapur yang menjadi impian orang ramai merupakan dapur yang sentiasa nampak kemas dan tersusun dengan rapi. Jangan biarkan keadaan dapur anda kelihatan nampak tidak terurus dan berselerak melainkan ubahsuai dapur dilakukan untuk kembali nampak cantik.
Wanita yang bernama Farrah Izawati melakukan ubahsuai dapur rumahnya dan berkongsikan hasilnya didalam media sosial Facebook. Hasil ubahsuai dapur tersebut mendapat perhatian daripada ramai orang.
Kepada anda yang ingin melihat bagaimana rupa dapur sebelum milik Farrah ini dan juga hasil akhir ubahsuai dilakukan. Jom kita tengok perkongsian yang dikongsikan oleh Farrah Izawati ini.
Ingin berkongsikan gambar sebelum dan selepas dapur yang lama dan tidak terurus ini. Dari dapur lama menjadi dapur yang baru bertemakan warna hijau menawan. Kos untuk buat ini tak sampai dalam RM400.
Gambar Dapur Sebelum Ubahsuai Dilakukan
Haaaaa...inilah dia rupa dapur rumah saya pada awalnya. Sememangnya berselerak dan sangat tidak terurus. Nak susun satu-satu ni agar nampak cantik memakan masa yang agak lama. Jadi, alang-alang nak nampak cantik lebih baik buat ubahsuai bahagian dapur ni.
Hasil & Rupa Dapur Selepas Ubahsuai Dilakukan
Selepas berhempas pulas dalam melakukan ubahsuai dapur ni, akhirnya siap juga bahagian dapur ni. Teringin sangat dapur ni warna hijau gelap. Jadi, saya gunakan cat dengan kod Spruce 6074 untuk mengecatkan bahagian kabinet tersebut.
Ramai yang tanya warna hijau tu guna cat apa. Inilah dia cat yang saya gunakan untuk mengecat bahagian kabinet tersebut. Boleh dapatkan di platform shopee. Jenama lain pun boleh digunakan asalkan kod warna sama.
Colourland Spruce 6074 - https://shp.ee/upvc7sf
Sumber : Farrah Izawati