Tutorial DIY Pemasangan Kayu Hasilkan Shiplap Wall

Ditulis oleh

Musim PKP 3.0 sudah pun kembali. Semestinya pkp ini telah membuatkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya. Namun begitu, raya tetap diteruskan dan projek-projek diy, makeover dan dekorasi juga perlu diteruskan jika ada.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara ataupun tutorial diy shiplap wall untuk anda yang ingin melakukan di rumah masing-masing. Perkongsian ini telah dilakukan oleh Fathi Rahman dan dilakukan oleh beliau sendiri serta ahli keluarganya.

Tutorial diy shiplap wall ini telah pun dikongsikan oleh beliau didalam grup "Tukang Apa Hari Ini". Pelbagai reaksi dan komen daripada netizen mengenai hasil beliau tersebut. Jom kita tengok cara dan hasil pemasangan shiplap wall daripada beliau.

Tutorial DIY Shiplap Wall Yang Mudah & Simple

ASSALAMUALAIKUM TUKANG APA HARI INI. INGIN BERKONGSI HASIL DIY SHIPLAP. SANGAT SENANG DAN MENJIMATKAN.
( VIDEO PEMASANGAN SHIPLAP)

Barang-Barang Yang Diperlukan

tutorial diy shiplap wall

Cara Pemasangan Tutorial DIY Shiplap Wall

1. Pergi ke kedai hardware untuk membeli kayu MDF Board
2. Kayu MDF tersebut saya beli 8 kaki panjang dengan lebar 5 inci sebanyak 26 keping.
3. Mulakan daripada bawah dan slow-slow naik keatas
tutorial diy shiplap wall
4. Jika ada bahagian plug pada kayu tersebut, harus dipotong.
5. Lekatkan selotap agar board tidak bergerak.
tutorial diy shiplap wall
6. Untuk gap kayu, letakkan batang aiskrim
7. Yang selebihnya ditepi, tampalkan agar ia memenuhi ruang tersebut
tutorial diy shiplap wall
8. Gunakan gap filler untuk menutup ruang yang terbuka.
tutorial diy shiplap wall
9. Pastikan gam kering dan batang aiskrim boleh dicabut.
tutorial diy shiplap wall

Proses Mengecat Shiplap Wall

  • Gunakan cat undercoat dan buatkan 2 atau 3 lapisan sebelum mengecat warna yang diinginkan.
tutorial diy shiplap wall
  • Untuk cat pilihan warna, saya gunakan cat Nippon Paint Classical Blue.
tutorial diy shiplap wall
Hasil Akhir!!
tutorial diy shiplap wall
tutorial diy shiplap wall

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi daripada tutorial pemasangan shiplap wall ini yang dilakukan oleh Fathi Rahman . Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Fathi Rahman

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 12, 2021
Dikemaskini pada
Mei 12, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram