Melakukan sesuatu transformasi rumah sewa ini sememangnya perkara yang perlu dilakukan apabila berpindah ke rumah sewa. Kadang-kadang rumah sewa ini ada yang ditinggalkan dalam keadaan yang tidak cantik dan kotor sehingga ia memaksa penyewa yang baru untuk membersihkan keadaan rumah sewa tersebut.
Berikut merupakan kejadian yang berlaku terhadap Zieha Yusoff. Beliau telah menyewa dan didapati rumah sewa tersebut ditinggalkan dalam keadaan yang tidak terurus dan keadaan amat teruk. Beliau tiada pilihan melainkan untuk melakukan sebuah transformasi rumah sewa tersebut.
Untuk transformasi rumah sewa tersebut dilakukan tanpa mempunyai tema yang ditetapkan. Jadi, apa jua transformasi dilakukan ini asalkan nampak cantik di matanya.
Nak kongsi deco simple rumah sewa kami. Tak tahu la tema ape yang diterapkan ni sebab kami lakukan deko ikut suka jer lagipun banyak jugak cedok idea dalam grup ni 😊
Dan juga doakan kami dapat beli rumah sendiri nanti.
Proses Transformasi Rumah Sewa Daripada Awal Hingga Akhir
Berikut merupakan keadaan dalaman rumah sewa kami yang dahulu sebelum apa-apa transformasi rumah ni dilakukan.
Ini merupakan ruangan tandas rumah sewa kami yang asal. Jangan ditanya kenapa sebegitu rupanya kerana memang masuk kerumah sewa asal memang macam ni dah.
Keadaan nya sangat teruk dan dinding pun banyak berkulat dah. Sebab tu rasa nak ubah jer keseluruhan rumah ini.
Ini merupakan bahagian ruang tamu dan juga bahagian belakang rumah sewa ini.
Ini sedikit pandangan terhadap ruangan tandas yang telah pun kami lakukan sedikit pembersihan dan mengecat agar lebih cantik.
Hasil Akhir Transformasi Rumah Sewa Yang Dilakukan Ini
Berikut merupakan rupa keseluruhan transformasi rumah sewa kami ini. Untuk bahagian rumah sewa ni kami lakukan transformasi tanpa mempunyai tema yang lengkap. Jadi, kami hanya melakukan ini asalkan nampak cantik jer.
Inilah dia bahagian ruang tamu kami sekeluarga dan ditambahkan lagi dengan ruang makan yang sememangnya menaikkan lagi seri ruangan ini.
Sumber : Zieha Yusoff