Transformasi Rumah Sewa Felda Hanya Bermodalkan RM200

Ditulis oleh

Apabila disebut tentang rumah felda, mesti ada diantara kita fikir yang ianya merupakan rumah yang jenis rumah kampung dan biasa sahaja kan. Namun, jangan terus menghukum. Siapa sangka rumah sewa felda yang biasa itu, apabila di transfomasi ia akan menjadi cantik dan moden.

Sama seperti perkongsian didalam laman sesawang Facebook daripada Farizah FieMarissa. Beliau telah berkongsikan transformasi rumah sewa felda beliau. Setiap luaran dan dalaman rumah tersebut telah diubahsuai dan ia dihiasi dengan sempurna.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda transformasi rumah sewa felda hasil transformasi daripada Farizah FieMarissa. Setiap bahan dan juga gambar semasa transformasi diluar dan didalam rumah akan dikongsikan. Jom kita tengok transformasi beliau.

Transformasi Rumah Sewa Felda Siap Dengan Karpet Rumput. Modal Diperlukan Hanya RM200 Sahaja!!

 

Transformer rumah sewa sy. Rumah lantai simen klu pasang tikar getah asyik kena tukar. Pastu bawah nye berwap dan berbau. Yg koyak nye lagi. Jadi sy guna cat epoxy. Nak psg mozek xde Budget 😪Rumah ni rumah felda. Rumah kampung jer. Sy sewa dgn hrga rm200.

GAMBAR SEBELUM TRANSFORMASI

KERJA TRANSFORMASI DILAKUKAN

Cat Epoxy ( Ruang Tamu )

Untuk cat epoxy ni saya ada sertakan sekali pic jenama yang saya pakai. Ruang tamu rumah saya tu guna 5 liter jer. Harga RM160. Beli di kedai cat ye. Nama pun cat kan. Kat Shopee pun ade. Tapi saya tak sure jenama sy guna ni ade ke tidak. Untuk kedai saya pun saya guna epoxy jugak, tapi jenama lain. Tak tahan. Tidak lama pakai dah terkopek. Tapi yang untuk rumah ni memang tahan lama. Dah setahun lebih masih elok dan cantik. Senang nak kemas rumah.

rumah sewa felda

rumah sewa felda

rumah sewa felda

RUMPUT KARPET ( Luar Rumah )

Untuk rumput carpet itu pula, tiap bulan mesti nak kena mesin dan racun. Rumput cepat panjang. Jadi saya pasang rumput carpet. Rumput ni boleh pasang indoor dan juga outdoor. Tiada masalah kalau berhujan panas.

HASIL TRANSFORMASI RUMAH SEWA

rumah sewa felda

rumah sewa felda

rumah sewa felda

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Macam mana dengan transformasi yang dilakukan oleh Farizah ini? Hebat bukan? Daripada rumah biasa terus menjadi rumah yang cantik dan sedap mata untuk dipandang.

Sumber : Farizah FieMarissa

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Wanita Ini Berkongsi Cara DIY Dekorasi Dinding Daun Plastik Seakan “Ironwall” Bermodalkan RM100 Sahaja !!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 3, 2021
Dikemaskini pada
Februari 3, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram