Transformasi Rumah Kampung Lama Kepada "Rumah Ladang" Ala Inggeris

Ditulis oleh

Bukan semua orang memiliki minat untuk merenovasi rumah dengan konsep dekorasi ala-ala inggeris. Itu yang dilakukan oleh pasangan Asri Meris Anthony dan isterinya untuk merealisasikan impian dalam mendekorasi rumah gaya barat ini. Perkongsian kita untuk hari ini adalah mengenai transformasi rumah kampung lama kepada rumah ladang ala inggeris.

Ramai rakan-rakan menyatakan apabila pergi kerumahnya seakan-akan meraka sedang bercuti ke luar negara. Mana tidaknya, dengan rumah yang memiliki dekorasi persis rumah inggeris ini memang akan membuatkan perasaan itu timbul. Teratak syurganya ini terletak di perkampungan terancang di Tuaran sabah.

Apa yang membuatkan orang sekeliling menganggap seperti itu adalah kerana terdapat binaan seperti pendiang api yang sering dilihat pada rumah ladang di eropah.

Transformasi Rumah Kampung Lama Kepada Rumah Ladang Ala Inggeris :

 

8. RUANG tamu mempunyai struktur seperti pendiang api.Apa yang membuatkan dekorasi rumahnya lebih menarik adalah pada ruang tamu rumahnya terdapat jambangan bunga tulip palsu berwarna pink lembut disamping lilin dan replika bebola diatas meja kayu putih. Selain itu, Batang gandum kering yang diletakkan didalam bakul putih itu menampakkan lagi hiasan rumah ladang ala inggeris.

1. ANAK kecil tidak menjadi masalah kepada Asri dan isteri menguruskan kediaman serba putih.Beliau pernah berkongsi dekorasi kediaman rumahnya itu di laman facebooknya. Ramai yang beranggapan dekorasi rumahnya adalah koleksi kediaman dari luar negara.

2. Ruang menonton selesa di kediaman Asri.Pada asalnya rumah ini adalah rumah kampung biasa sahaja. Kemudian beliau mengubahsuai rumahnya itu menjadikan konsep ala-ala inggeris kerana beliau sangat gemar dengan dekorasi barat. Beliau memang sangat gemar dengan kediaman yang bersuasana luar negara.

3. Susunan pokok hiasan yang kemas di depan balkoni.Tidak dinafikan beliau mula menunjukan minat dalam hal berkaitan dekorasi ini adalah sejak dari zaman bujang lagi. Kini beliau sudah memiliki dua orang cahaya mata. Apa yang menyebabkan beliau sangat meminati dengan konsep ini adalah kerana beliau sering melancong ke luar negara.

“Kalau orang lain gemar merakam gambar detik penting mereka atau panorama, saya pula merakam gambar bumbung, pintu, tingkap serta aksesori hiasan dalam rumah.

4. RUANG makan tampak elegan dan mewah.Ini adalah ruang makan rumahnya.

5. ANTARA aksesori kecil yang bersesuaian dengan konsep rumah ladang ala Inggeris.Ini adalah aksesori kecil yang bersesuaian dengan konsep rumah ladang ala Inggeris.

7. SUSUN atur yang menarik memberi visual luas pada ruang kecil di kediamannya.Dengan susun atur yang menarik dapat memberikan kesan yang cantik pada dekorasi rumah.

Itu sahaja perkongsian kita pada hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mengubahsuai rumah lama anda kepada dekorasi yang anda inginkan.

Baca juga : Dari Rumah Biasa Diubahsuai Dengan Konsep Elegan "Lobi Hotel"

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 16, 2021
Dikemaskini pada
Februari 16, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram