Kabinet dapur sudah semestinya merupakan barang yang paling wajib ada didalam rumah terutamanya bahagian dapur. Tanpa kabinet dapur ini dimanakah kita ingin menyimpan segala kuali, periuk dan juga barangan dapur yang cantik? Kalau dibiarkan begitu sudah pastinya akan nampak terdedah dan juga tidak cantik.
Macam yang dikongsikan oleh KiDz Izan ini. Beliau berkongsikan bagaimana beliau melakukan transformasi kabinet dapur lama peninggalan arwah mak mertua. Nak buang tapi keadaan kabinet tersebut masih lagi kukuh dan kondisi terbaik. Warna sahaja ada yang pudar.
Jadi, daripada membazir buang begitu jer lebih baik lakukan transformasi agar nampak baharu. Lagi cantik dan yang penting tak perlu dah beli kabinet yang baru dan mahal di kedai. Jom kita tengok perkongsian daripada KiDz Izan ini.
Salam jumaat, ada sebuah kabinet dapur yang lama peninggalan arwah mak mertua. Rasa memang nak dibuang jer tapi sayang sebab masih lagi okay.
Tiada rosak cuma ada beberpa bahagian rosak dan warna pudar. Kita modernkan lah ye. Saya pilih cat yang berjenama matt sebab ia cepat kering dan nampak class sikit.
Transformasi Kabinet Arwah Mertua Yang Lama Menjadi Baru
Inilah dia rupa kabinet dapur lama peninggalan arwah mertua ini. Sememangnya kabinet yang dahulu. Tiada rosak apa pun namun kelihatan sangat kuno.
Hasil Transformasi Kabinet Dapur Lama Yang Dilakukan
Alhamdulillah, selepas berhempas pulas dalam melakukan transformasi ini. Akhirnya siap juga projek yang dilakukan ini. Cat yang digunakan adalah jenama matt dan menggunakan warna mysterious blue. Barulah nampak moden kabinet dapur ini.
Sumber : KiDz Izan