Makeover Meja Lama Dengan Menggunakan Vinyl Floor Viral Kedai Eco RM2.10

Ditulis oleh

Siapa yang tidak kenal akan barang yang sedang hangat viral ketika ini iaitu "Vinyl Floor". Vinyl floor ini menjadi buruan para dekorasi rumah di kedai Eco dan yang paling best harga hanya RM 2.10 sahaja. Vinyl floor popular sebagai pelekat dekorasi sebagai kemasan pada lantai.

Ramai menganggap vinyl floor ini hanya digunakan sebagai kemasan pada lantai, namun ia juga boleh digunakan sebagai kemasan yang lain. Seorang perempuan Noor Hafiza Mohammad telah melakukan makeover meja lama beliau dengan menggunakan vinyl floor.

Beliau berkongsi makeover tersebut didalam laman sesawang Facebook. Perkongsian beliau telah mendapat perhatian orang ramai kerana terpegun pelekat vinyl floor digunakan pada permukaan selain lantai. Jom kita tengok hasil makeover beliau.

Makeover Meja Lama Dengan Menggunakan Vinyl Floor Viral Kedai Eco RM 2.10

Dengan modal RM12.60 sahaja meja makan lama berubah wajah baru. Suami kata, "Tak payahlah beli baru"

Macam ni barulah sesuai dengan tema scandi atau boho kan

BAHAN YANG DIGUNAKAN

Sis hanya gunakan 6 keping sahaja. Setiap keping berharga RM2.10. Ada banyak pilihan warna corak kayu yang boleh dipilih (rujuk gambar). Sis pilih warna coklat supaya senada dengan perabot lain.

Senang je nak tepek stiker ni sebab dah ada pelekat. Kuat gamnya. Isteri boleh buat sendiri. Cuma perlu teliti dan cermat supaya hasilnya kemas. Stiker vinyl kalis air, mudah je nak lap air yang tumpah.

SEBELUM MAKOVER MEJA MAKAN

Maaf tiada gambar meja sebelum tepek vinyl. Ini adalah meja mirip dengan meja saya sebelum tepek vinyl. Saiznya sama, kemasan meja saja lain sikit. Meja jenis ini biasa kita tengok di restoran Thai. Harga biasa dalam RM290.

HASIL MAKEOVER MEJA MAKAN

Menurut beliau lagi, makeover meja makan ini boleh digunakan dan digabungkan dengan tema scandi atau boho. Gabungan dua konsep itu menaikkan lagi kekemasan makeover meja ini.

Sumber : Noor Hafiza Mohammad

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :-

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 2, 2021
Dikemaskini pada
Februari 2, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram