Transformasi Bilik Bujang Usang Guna Konsep Modern "Monochrome Color"

Ditulis oleh

Status bujangkan bukanlah menjadi pastu penghalang untuk anda dalam cuba untuk mendekorasikan bilik dengan gaya moden. Orang bujang juga berhak untuk memiliki bilik dan rumah yang cantik. Perkongsian kali ini adalah dari warganet twitter iaitu syakiroar. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi bilik bujang usang guna konsep modern "Monochrome Color".

Kalau bercerita tentang dekorasi dan renovasi rumah mesti anda terfikir itu semua adalah hanya untuk mereka yang berkeluarga sahaja. Ternyata apa yang anda fikirkan itu sebenarnya salah. Semua orang berhak untuk memilik dan mendekorasi rumah atau bilik sendiri. Tidak kira bujang ataupun sudah berkahwin.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi olehnya.

Transformasi Bilik Bujang Usang :

 

Ini adalah keadaan ruang bilik sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan gaya baru iaitu monochrome color. Kalau dilihat memang bilik ini kelihatan lusuh. Tapi itu bukanlah menjadi penghalang untuk anda untuk membiarkan bilik kekal lusuh. Dengan keinginan anda segala boleh berlaku.

dekorasi bilik bujangIni adalah keadaan ruang bilik selepas proses pengubahsuaian dengan gaya baru iaitu gaya moden selesai dilakukan dengan cantik dan mengikut trend terkini.

dekorasi bilik bujangIni pula adalah keadaan ruang belajar selepas proses pengubahsuaian selesai dilakukan dengan gaya baru.

dekorasi bilik bujangIni adalah keadaan katil pada waktu malam dengan warna lampu tidur yang membuatkan perasaan ingin tidur itu makin terasa.

dekorasi bilik bujangIni pula adalah keadaan katil pada waktu siang hari. Memang jelas kelihatan menarik dengan konsep yang diterapkan.

dekorasi bilik bujangIni adalah keadaan dekorasi tepi katil dengan hiasan pokok dan jam loceng.

dekorasi bilik bujangIni pula adalah hiasan ruangan tempat solat yang dihias dengan dekorasi pokok plastik untuk kelihatan segar  dan tenang.

dekorasi bilik bujangItu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan bilik anda supaya cantik dan berseri-seri. Bilik usang pun kalau pandai dekorasi lagi cantik dari bilik mewah tau.

Jika anda berminat untuk membaca artikel yang berkaitan transformasi rumah lama juga anda boleh klik link dibawah ini :

Transformasi Bilik Lusuh Guna “Konsep Minimalis” Hanya Dengan Barangan IKEA

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 4, 2021
Dikemaskini pada
April 4, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram