Tips Selamat Untuk Grill Agar Susah Di Pecah Masuk Pencuri

Ditulis oleh

Kadang-kadang nak pergi bercuti meninggalkan rumah ni sudah pastinya akan ada risau jika berlakunya pencuri pecah masuk kerumah kita. Walau apapun cara lakukan dengan menguncikan semua pintu dan grill sudah pastinya pencuri akan masuk juga. Jadi, anda memerlukan sebuah tips agar grill anda sentiasa selamat.

Dengan beberapa tips selamat untuk grill anda yang dikongsikan dari Muzaffar Masor ini akan membuatkan pencuri menyukarkan mereka untuk memasuki kerumah anda. Jadi, jom kita lihat tips-tips yang berguna untuk anda dalam menyukarkan pencuri pecah masuk kerumah anda ini.

Perkongsian & Tips Selamat Untuk Grill Di Rumah Anda Agar Susah Di Pecah Masuk Pencuri

Cat semula grill yang dah karat. Alhamdulillah setel. Buat santai2 waktu pkp.

Untuk yang nk buat grill sliding untuk rumah baru. Ada sedikit tip di gambar untuk lebih selamat dan untuk menyukarkan grill diumpil sekiranya ada orang nak pecah masuk.

Tips Selamat Agar Grill Menyukarkan Pencuri Pecah Masuk Kerumah

1. Cover bahagian tepi. Hujung sliding jangan biar kosong dan berongga. Seeloknya pakai besi angle untuk cover. Kalau flat bar kurang kemas.

2. Tutup bahagian hujung sliding supaya tiada ruang.. Bahagian ni pun saya pakai besi angle 1.5 inci untuk cover. Selalu tukang akan cover guna flatbar 1 inci.

Bahagian-bahagian ini boleh minta tukang besi buatkan untuk keselamatan. Selalunya, geng2 pecah rumah akan buka bahagian sini. Besi angle lebih kukuh dari flatbar.

Bahagian no 1 pun diubahsuai. Selepas rumah jiran kena pecah bahagian situ. Ketebalan besi grill ni besi hollow n square pipe. Saya pakai yang tebal sikit iaitu 1.2mm. Sselalunya tukang besi pakai 1.0 sahaja.

Tips Selamat Untuk Grill

Buat selak setiap sliding. Bila ada selak sliding ni tak boleh ditolak sekiranya selak tidak dibuka. Pastikan pemegang selak berada di dalam apabila dikunci.

Ni contoh selak yang dah lock. Tidak boleh dibuka selak kalau tidak tolak siling.

Tips Selamat Untuk Grill

Pergi cari clamp kat hardware atau mr diy. Cari saiz yang sesuai. Dia ada banyak saiz. Ukur betul-betul dan baru beli.

Kunci bahagian sini.

Tips Selamat Untuk Grill

Kunci 2 tempat macam dalam gambar bawah ini.

Untuk grill yang ada telinga boleh guna lock yang macam ni.

Tips Selamat Untuk Grill

Untuk sliding kaca. Letak kayu bahagian dalam supaya sliding tak boleh ditolak.

Sumber : Muzaffar Masor

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 19, 2022
Dikemaskini pada
Februari 19, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram