Tips Halau Cicak Di Rumah Hanya Guna 3 Bahan Sahaja

Ditulis oleh
Kadangkala dalam mengemas kediaman, perkara yang paling menjengkelkan adalah membersihkan najis cicak.
Boleh jadi rosak mood bila lihat najis cicak bertaburan di bahagian tepi tingkap dan atas perabot berdekatan dengan dinding. Bukan sahaja menggelikan, tetapi juga merosakkan dekorasi rumah.
Bagaimana caranya untuk menghadapi isu sisa cicak ini kerana kerja menyental najisnya bagaikan tiada kesudahan. Justeru tips halau cicak  yang paling tuntas adalah dengan mengelakkan kehadiran haiwan itu di rumah. Petua dikongsikan pengguna Facebook Hani Mynis boleh korang diamalkan. Berikut merupakan perkongsiannya:

Tentang cicak

  • Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
  • Habitat cicak : Tempat yang hangat, belakang almari, belakang TV, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
  • Kesukaan cicak ialah persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya timbunan surat khabar dan baju.
  • Cicak tidak menyukai bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka dan ubat gegat.

Cara halau cicak

 

Berdasarkan profil cicak di atas, saya kongsikan senaraikan 10 tips halau cicak di rumah.
  1. Hilangkan bekalan makanan cicak iaitu kita uruskanmasalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang dijual sepaket RM1) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanannya tiada, secara automatik cicak akan berkurangan atau langsung tiada.
  2. Cicak takut kepada burung. Justeru sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara seperti meletakkan beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana-mana tempat cicak masuk.
  3. Lekatkan bulu pelepah burung berhampiran tempat masuk cicak.
  4. Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari, di sebalik bingkai cermin dan dinding, semasa nenyusun atur perabot jangan rapatkannya pada dinding. Pastikan ada jarak sekurang-kurangnya 10 sentimeter (cm) dari dinding.
  5. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup.
  6. Elakkan suka melonggok barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama.
  7. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi langkah ini perlu dilakukan berhati-hati. Tukar bawang selang tiga hari untuk mengelakkan ia membusuk.
  8. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Namun laci atau kabinet menyimpan makanan tidak digalakkan diletakkan ubat gegat.

Halau cicak menggunakan 3 bahan sahaja

Selain itu, korang disarankan menyembur larutan ‘penghalau’ cicak ini, Cara membuatnya mudah, hanya menggunakan tiga bahan seperti berikut:
Bahan-bahan
1/3 cawan cuka makan
1/3 cawan air
1/3 cawan cecair pencuci pinggan
Langkah-langkah
Campurkan semua bahan ini dan kacau sebati. Masukkan ia ke dalam botol penyembur dan semburkan pada kawasan yang biasa menjadi lokasi tumpuan sisa cicak dan tempat persembunyiannya.
Ruang tepi tingkap, permukaan meja makan, kaunter kabinet adalah antara sudut yang sering menjadi sasaran cicak.
Semburan ini juga boleh digunakan untuk menghalau semut.
Dalam membersihkan tahi cicak pula, korang perlu memastikan kawasan yang terkena najis itu bersih daripada sebarang kesan yang ditinggalkan oleh najis tersebut.
Jika mop dengan menggunakan air sabun, maka ia perlulah dibilas dengan air mutlak sehingga kesan-kesan najis pada tempat berkenaan hilang.
Semoga perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 12, 2022
Dikemaskini pada
Februari 12, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram