Aaron Aziz Berleter Isteri Lebihkan "Pokok Viral" Sebelum Keluar Bersama

Ditulis oleh

Fenomena penanaman pokok viral sebagai dekorasi landskap halaman rumah makin menjadi kegilaan orang ramai pada ketika ini. Pokok viral ini mula mendapat permintaan yang agak tinggi semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia dianggap hobi pada ketika itu kerana masa lebih banyak terluang dirumah sahaja.

Hobi sebegini tidak terkecuali cukup diminati oleh isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik yang merupakan pencinta pokok. Pokok yang dibeli dan dijaga dengan rapi oleh Diyana juga boleh dikatakan pokok yang berharga kayangan. Disebabkan harganya yang agak mahal itu, sudah semestinya ia perlu dijaga dengan baik.

Bukan itu sahaja, aktiviti menanam juga adalah terapi yang bagus buat minda dan diri kita. Namun, telatah Aaron Aziz yang agak kurang berpuas hati apabila isterinya lebih mengutamakan dan terlalu sayang dengan pokok miliknya membuatkan netizen terhibur melihat Aaron dan isterinya.

Menerusi perkongsian dilaman Instagram miliknya sendiri. Beliau kelihatan berleter sambil merakam gelagat isterinya yang lebih mengutamakan pokok-pokok kesayangan sebelum keluar bersamanya.

Pokok pokok pokok pokok pokok pokok!!!!!! Pindah duduk hutan je la. #abgmalasnaktegur #Abgtegursecarahalus #AbgbolehmintaktolongkawanJinnsiramkan @diyanahalik

 

Isterinya, Diyana, kelihatan sangat gigih untuk memastikan pokok-pokoknya diuruskan oleh dirinya sendiri tanpa bantuan dari anak-anak. Walaupun pada ketika itu waktu sudah lama untuk keluar bersama, beliau sempat lagi memastikan semua pokok miliknya sentiasa terjaga dan disiram dengan air secukupnya pada setiap hari.

Aaron Aziz on Instagram- -Pokok pokok pokok pokok pokok pokok!!!!!! Pindah duduk hutan je lah… #abgmalasnaktegur #Abgtegursecarahalus

Netizen juga turut mengeluarkan komen-komen yang agak kelakar pada video yang dikongsi oleh Aaron Aziz itu yang mendapat tontonan lebih 300,000 tontonan dan begitu banyak reaksi yang mencuit hati di ruangan komen posting tersebut.

Pokok viral- Aaron

Pokok viral- Aaron Aziz

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 12, 2021
Dikemaskini pada
Disember 12, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram