Tips Elak Gelembung Langsir "Eyelet" Tidak Sekata.

Ditulis oleh

Pada zaman moden kini, langsir dan rumah sememangnya tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi buat para ibu yang baru berpindah rumah, langsir sangat diperlukan bagi hiasan dalam rumah serta sebagai keselamatan buat anak-anak mereka. Namun disebabkan terdapat banyak jenis langsir yang ada buatkan kaum ibu pening untuk memilih langsir mana yang sesuai dengan mereka. Pada pandangan saya, langsir yang bercorak "eyelet" ini sangat sesuai dengan gaya rumah masa kini kerana ia mudah untuk dipasang, berkonsepkan langsir moden, dan juga penjagaannya mudah kerana hanya memerlukan sekeping kain untuk dipasang serta mudah dibuang untuk dibasuh kain tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai tips elak gelembung langsir "eyelet" tidak sekata.

Namun, ada kekurangan sekiranya anda ingin menggunakan kain langsir ini kerana anda akan sering kali mendapat kesan gelembung langsir yang tidak sekata justeru buatkan anda rimas untuk mengekalkan gelembung langsir ini supaya sentiasa sekata. Seorang pengguna dari laman sosial Facebook Lia Johari telah berkongsikan cara-cara untuk mengelakkan daripada kesan gelembung langsir yang tidak sekata itu tidak berlaku lagi. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Tips Elak Gelembung Langsir "Eyelet" Tidak Sekata :

Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna plastik cup.
Cara :
Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
Sebelum. Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress mak!
Guna plastik cup macam ni.
Belah dua cup guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cup.
Masukkan cup yg telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.
Selepas. 
Langsir yang sebelumnya itu begitu banyak kesan-kesan gelembung itu sudah tidak ada sekarang. Cara ini sangat berkesan sekiranya anda ingin memastikan hiasan dalam rumah anda sentiasa dalam keadaan kemas dan cantik.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 12, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 12, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram