Cara Berkesan Halau Tikus Guna Petua Tradisional

Ditulis oleh

Tikus merupakan haiwan kecil tetapi sangat bahaya dan haiwan yang menggelikan. Walaupun ianya kecil tetapi mampu merosakkan barang di dalam rumah kita. Selain daripada menjadi agen perosak, tikus ini juga mungkin boleh menjadi punca penyakit yang membawa maut. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai cara berkesan halau tikus guna petua tradisional.

Jadi mungkin anda tercari-cari cara nak hilangkan atau halau tikus ini. Kalau pasang  jaring perangkap besi tu takut pula sebab dia masih hidup kalau tertangkap nanti. Kalau pasang yang pelekat tu takut nak pukul dia nanti sebabnya walaupun dah terkena pelekap, tikus tu tak mati terus.

Cara Berkesan Halau Tikus :

 

Menggunakan Daun Pandan

Daun pandan adalah sumber wangian semulajadi untuk kediaman anda. Tikus sangat tidak suka dengan bau pandan ini. Secara tak langsung, ianya dapat menjimatkan wang anda daripada membeli pewangi kediaman yang mahal. Disarankan, tanam sahaja dalam pasu di luar rumah. Senang, bila-bila masa sahaja boleh guna.

Menggunakan Sisa Teh Ucang

Tak kiralah, jenama BOH, Lipton atau lain-lain. Bagi penggemar minuman teh uncang, janganlah dibuang sisa teh uncang tersebut kerana sisa teh uncang ini juga boleh menghalau tikus. Ambil teh uncang yang sudah digunakan dan gantungkan di tempat yang selalu dilalui oleh tikus tersebut. Bau teh uncang tersebut sangat tidak disukai oleh tikus. Dengan bau itu, nescaya tikus tidak akan kembali di tempat itu.

Menggunakan Kucing

Seperti sedia maklum, kucing merupakan haiwan kesayangan Rasullah S.A.W. Kucing bukan sahaja boleh menjadi pendamping kepada manusia, malah antara kemahiran semula jadi yang telah ada pada kucing adalah menangkap tikus. Hal ini kerana kucing merupakan musuh utama kepada tikus.

Menggunakan Buah Mengkudu

Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai bahan utama pembuatan moden mahupun tradisional. Hanya dengan memotong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak, kemudian letakkan dipenjuru atau disekitar kawasan laluan tikus sebagai penghalang mereka untuk kembali ke tempat yang sama.Buah mengkudu sebenarnya berfungsi seperti racun haiwan seperti tikus dan serangga lain.

Menggunakan Daun Salam

Daun salam (atau juga dipanggil daun samak) sekarang bukan saja digunakan sebagai penyedap rasa makanan, tapi boleh juga digunakan untuk membasmi haiwan perosak tersebut. Daun salam juga digunakan sebagai salah satu penawar untuk kencing manis. Sememangnya ekstrak etanol yang terdapat pada daun salam ini sangat tidak disukai oleh tikus kerana baunya yang menyengat deria hidu haiwan ini.

Teknik penggunaanya ialah hanya taburkan daun salam ke tempat yang dilalui oleh tikus. Tetapi perlu meletakkan daun salam ini dengan kauntiti yang banyak supaya tikus tersebut betul-betul lari.

Menggunakan Kapur Barus

Tips gunakan kapur barus untuk halau tikus memang berkesan. Kapur barus juga membantu anda menghalau haiwan perosak ini. Caranya dengan hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi lubuk tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.

Menggunakan Daun Durian Belanda

Caranya dengan meletakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian. Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.

Menggunakan Serai Wangi

Ini antara cara halau tikus yang paling popular. Serai wangi sangat terkenal dalam menghalau serangga, begitu juga dengan tikus. Ciri-ciri serai yang mengandungi zat penyembuhan seperti antiseptik, analgesik, diuretik, galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial, astringen dan menghapus bauan busuk.  Bagi anda yang ingin menghalau tikus dengan cepat dan berkesan, letakkan atau semburkan serai wangi ke tempat laluan si tikus atau dalam lubang si tikus tinggal.

Menggunakan Cuka

Titiskan cuka ditempat yang selalu dilalui tikus. Pastikan titiskan cuka tersebut di dalam bekas kecil. Jika menggunakan kaedah ini, kena selalu ‘topup‘ semula cuka yang kita letak tadi.

Menggunakan Serbuk Lada Hitam

 

Ini juga petua orang lama. Teknik penggunaanya ebih kurang sama dengan menggunakan cuka tadi. Hanya perlu taburkan serbuk lada hitam di kawasan yang tikus lalu.

Menggunakan Racun Tikus

Ada beberapa jenama racun yang sangat berbahaya tetapi berkesan dalam membunuh tikus dalam masa beberapa saat. Racun tikus yang berbentuk bulat kecil seperti bijian ini boleh diletakkan dalam kuantiti yang sikit atau banyak berdasarkan bilangan tikus yang tinggal. Kita hanya perlu tabur sahaja di laluan tikus. Kalau agak-agak banyak tikus disitu, letak banyak sikit dilaluan tikus tersebut.

Tikus akan termakan dan akan mati serta merta dalam kawasan racun juga. Jadi, senang untuk kita bersihkan kediaman dan buang bangkai tikus tersebut. Kita tak perlu tanggung risiko terkena kencing tikus, digigit oleh tikus, perlu keluar modal untuk pest control dan sebagainya. Cuma perlu gigih dan berani sedikit untuk buangkan bangkain tikus tu. Tetapi sekiranya bangkai tikus banyak dan anda tidak sanggup untuk membuangnya anda boleh memanggil syarikat pest control bagi membantu anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 25, 2020
Dikemaskini pada
Jun 25, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram