6 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Supaya Tidak Melakukan Kesalahan Semasa "Renovate Rumah"

Ditulis oleh

Bercerita mengenai ubahsuai rumah memang semua orang mengimpikannya. Hal ini kerana, anda dapat mencantikkan dan memperluaskan lagi kawasan rumah kediaman anda. Tetapi tidak ramai yang tahu cara dan prosedur yang betul sebelum pengubahsuaian rumah dilakukan. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang arkitek yang bernama Ahmadkhairul Sabirin. Perkongsiannya adalah mengenai 6 perkara yang perlu diberi perhatian supaya tidak melakukan kesalahan semasa "renovate rumah".

Benda Salah Yang Kita Ingat Biasa Waktu Renovate Rumah :

 

Kebiasaannya kita ni bila sudah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, mana tidaknya rumah kita kan? hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tahu tak apa yang boleh dan tak boleh?

Tiada Permit.

Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.

Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit juga. Tak boleh suka-suka sebab depan rumah sudah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT.

Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanyakan hal ini, untuk mengelakkan anda dari kena denda waktu random spot check oleh majlis.

Tambah Floor Area Tanpa Kelulusan PBT

"Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja."

Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis. Kalau tertangkap, sediakanlah duit untuk bayar denda.

Nak renovate tambah floor kawasan ini memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus upah kontraktor dan jalan terus. Itu salah. Jadi anda kena upah arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.

Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda sepuluh kali ganda dari wang proses pelan dan kena submit melalui arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.

Tak Bincang Dengan Jiran

Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Alkhirnya jiran sendiri yang laporkan ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.

Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.

Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran. Macam borang yang kita dah bagitahu jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.

Renovate Sampai Line Pagar Depan.

Perlu diingat, walaupun "dalam" kawasan pagar itu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar atau line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.

Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingatkan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.

Renovate "Luar" Dari Pagar Depan!

Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayangkan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.

Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject.

Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.

Submit Pelan Lulus Lain, Buat Di Site Lain!

Jenis ini ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, selepas itu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudahnya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.

Kesimpulannya, ikutlah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujungnya anda rugi juga.

Malu bertanya, duit lebur

Kredit : Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 9, 2021
Dikemaskini pada
September 9, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram