Tips DIY Wainscoting Homemade Dinding Ruang Rehat

Ditulis oleh

Wainscoting adalah salah satu dekorasi yang paling popular pada zaman moden sekarang ini. Boleh dikatakan kebanyakan rumah di malaysia menggunakan dekorasi wainscoting ini tidak kira mengupah tukang atau pun cuba membuatnya sendiri. Untuk post kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu perkongsian dari Nuyul Nordin. Perkongsiannya adalah mengenai tips diy wainscoting homemade untuk dinding ruang rehat yang menarik. Jom sama-sama kita saksikan tips apa yang ingin dikongsikan olehnya.

Tips DIY Wainscoting Homemade Dinding Ruang Rehat Yang Menarik :

 

tipsAkhirnya siap juga projek diy wainscoting pkp suami isteri untuk kawasan ruang rehat kami. Tema yang digunakan ialah emerald green. Dari mula pilih design, pilih kayu, pilih cat semua sama-sama. Apa tema yang nak buat akhirnya bercadang untuk biarkan lapang senang nak golek-golek atau nak solat kat bawah.

Wainscoting ini ada macam-macam jenis. Ada kayu, foam, pvc bagai. Tapi kami suka kayu, sebab suka texture pada kayu. rasa dia lain. Biasalah lain org lain selera dan kayu ni yang best ada macam-macam design.

tipsKami pilih 3 design kayu yang berlainan untuk skirting, strip dan frame. Skirting kami dapat RM25 untuk sebatang (8kaki), Strip sebatang RM17.60 untuk 8 kaki dan Frame sebatang RM4.50 untuk 7 kaki. Semua kayu ini kami beli dekat kedai hardware dalam taman rumah je. Tak ada servis potong, jadi kami beli gergaji and apit G potong sendiri.

tipsCermin tu beli dekat IKEA namanya adalah LOTS. Kemudian potong la sendiri guna cermin cutter and tampal.

TIPS :

1. Buat sketch ikut ukuran ding rumah anda dan dekorasikanya siap-siap. Jadi senang nanti anda akan tahu berapa banyak kayu yang nk digunakan.

2. Jarak antara kayu paling cun buat 4 inch antara satu sama lain. Jadi ukurlah elok-elok.

3. Lepastu tentukan pilihan cat nak full ke half ke suku ke tompok ke atau tak nak itu terpulang.

4. Sabar, kental, buat dgn jiwa. Santai-santai je. Rajin buat, tak rajin berhenti rehat.

Kos :

Semua barangan memang kami beli dekat kedai hardware dalam taman rumah je. Sebabnya adalah senang, kalau barang tak cukup takut salah kira senang boleh pergi beli lagi.

Ini pula kos untuk saiz dinding 15ft x 8ft :

  1. Skirting 4 batang rm100 :
    https://shp.ee/6hans6q
  2. Strip 4 batang rm70.40 :
    https://shp.ee/49wwat8
  3. Frame 32 batang rm144 :
    https://shp.ee/eq3ss8q
  4. Duralseal (gam untuk kayu) 4 botol rm30 :
    https://shp.ee/xqjyb8q
  5. Silicone filler 4 botol rm22 :
    https://shp.ee/75cw3zg
  6. Masking tape 3 gulung rm3 :
    https://shp.ee/fa9s2jq
  7. Kertas pasir 7 keping rm7 :
    https://shp.ee/hfcy2gq
  8. Apit-G rm7 :
    https://shp.ee/2bb2b68
  9. Cat nippon 4 litre rm140 :
    https://shp.ee/igaxn5y
  10. Bahan mengecat rm18.30 :
    https://shp.ee/hcsyruy
  11. Cermin IKEA lots rm150 :
    https://shp.ee/vgzmf8y
  12. Cutter cermin rm12 :
    https://shp.ee/7gs538g
  13. Minyak tanah rm2 :
    https://shp.ee/r3yqspg
  14. Kod cat nippon easy wash green academy :
    https://shp.ee/qe3icpg

Jadi lebih kurang rm707.70

[foogallery id="6574"]

Setakat ini sahajalah perkongsian untuk hari ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi idea kepada anda dalam mendekorasi rumah sendiri menggunakan wainscoting.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 13, 2021
Dikemaskini pada
Januari 13, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram