Tips Dan Cara Betul Memasang Tikar Getah Dengan Kemas

Ditulis oleh

Pada zaman dahulu, tikar getah sangat popular kerana ianya boleh membuat kawasan ruang rumah kita menjadi lebih cantik dan terurus. Namun begitu sejak kebelakangan ini, tikar getah ini kian dilupakan kerana saiznya yang besar dan berat buatkan ia susah untuk dipasang.

Selain itu, tikar getah yang dipasang kebiasaanya terdapat kawasan yang gelembung dan tidak rata. Perkara ini berlaku kerana teknik pemasangan yang tidak betul. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku lagi, jom kita ikuti perkongsian daripada lelaki ini.

Menerusi perkongsian daripada Zukhairi Ahmadbeliau telah berkongsikan beberapa tips memasang tikar getah dengan betul dan lebih kemas. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

TIPS MEMASANG TIKAR GETAH DENGAN KEMAS

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua sahabat KKD. Di sini saya kongsikan cara saya memasang tikar getah di rumah sewa saya.

 

TIPS MEMASANG TIKAR GETAH YANG BETUL

1) Semasa mengecat dinding, lebihkan sedikit sapuan cat hingga ke bahagian lantai, menggunakan berus cat.

2) Sebelum meletakkan tikar getah, alaskan dengan beberapa keping surat khabar lama. Tujuannya untuk menyerap lembapan dari lantai simen, melindungi

tikar getah supaya tidak kotor dan berbau simen (boleh guna semula jika berpindah) dan melembutkan ketika dipijak.

3) Ketika meletakkan tikar getah, jarakkan sedikit (beberapa mm sahaja) tikar getah dengan dinding atau 'adjust' supaya dapat hamparan yang rata. Dinding kemungkinan tidak sama lurus dengan tikar getah dan disebabkan inilah akan wujud sedikit jarak.

Tidak perlu bimbang jika tidak rapat betul-betul (atau 'ngam-ngam') dengan dinding sebab ruang yang terdedah telah pun dicat sama dengan dinding. Dengan adanya sedikit jarak ini juga, memberikan 'kelegaan' kepada tikar getah untuk 'strech' / mengembang dan ini akan meminimumkan kedutan atau gelembung.

4) Disyorkan menggunakan tikar getah yang tebal sedikit dan mempunyai grid line (supaya mudah memotongnya dengan lurus). Hasilnya, hamparan tikar getah yang kemas dan cantik. Semoga bermanfaat.

 

Jenama yang digunakan adalah jenama Ekonor.

tips memasang tikar

Ketika mengecat dinding, lebihkan sedikit sapuan pada lantai simen. Buat macam 'border' atau 'line', menggunakan berus cat 1".

Alaskan lantai dengan beberapa lapis surat khabar lama untuk melindungi tikar getah serta berfungsi sebagai penyerap lembapan. Gunakan tikar getah yang tebal sedikit dan ada garisan grid.

tips memasang tikar

Dengan adanya sedikit ruang lega (beberapa mm sahaja) antara tikar getah dan dinding, ini membolehkan tikar getah 'stretch' dan meratakannya.

Dinding tidak lurus bukan lagi halangan hihihi. Sebab dah lebihkan sedikit cat pada lantai tadi, jadi simen kelabu tidak akan kelihatan.

tips memasang tikar

Hasilnya, hamparan tikar getah yang kemas dan cantik. Disebabkan tikar getah ini masih baru, jadi akan ada gelembung sedikit. Lama-kelamaan ia akan rata / flat.

Nampak senang kan dan tiada lagi kesan gelembung tikar getah selepas ini.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 21, 2021
Dikemaskini pada
April 21, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram