Tips Dan Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Wajib Anda Cuba

Ditulis oleh

Isu anak tidak mahu berenggang dengan ibu bapa sewaktu mahu tidur itu adalah perkara normal dalam kalangan ibu-bapa di dunia ini. Salah satu sebab mengapa hal ini terjadi kerana anak-anak tidak terbiasa diasingkan tidur seorang diri. Perkara ini bukanlah dapat diselesaikan dalam masa sehari dua sahaja kerana memerlukan sedikit masa untuk anak kita biasakan diri. Tetapi kalau kena pada caranya, dua hari pun anak sudah boleh tidur di dalam bilik sendiri. Jadi hari ini Giler Deco mahu berkongsi mengenai tema dan tips asingkan tempat tidur anak yang berkesan.

Untuk mengasingkan anak untuk tidur dibilik sendiri. Anda perlu memikirkan satu cara untuk dekorasikan bilik anak anda agar apabila anak anda melihat bilik itu dia akan berasa wow dan menarik untuk tidur nanti. Untuk melakukan perkara ini tidaklah begitu rumit. Anda cuma perlu tahu apa yang anak anda sukakan bagi menampakkan bilik anak anda menarik dan membuatkan anak anda tertarik.

Ibu bapa pasti tahu tentang filem-filem superhero seperti avangers dan sewaktu dengannya kan?. Gunakan kesempatan ini untuk hiaskan bilik anak anda dengan dekorasi-dekorasi superhero yang anak anda paling minat.  Sudah terbukti peminat filem superhero yang penuh aksi dan efek mendebarkan menjadi kegilaan tidak kira kanak-kanak, dewasa dan orang tua yang pasti tidak lekang mata sewaktu menonton pada layar perak.

Tips Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan :

 

Tips 1 :  Tema Spiderman

Ikuti perkembangan semasa apa yang anak anda suka tonton. Kalau anak anda meminati Superhero Spiderman. Anda boleh cuba hias bilik anda bertemakan spiderman.

Tips 2 : Tema Superman

Siapa tidak kenal dengan Superman. Salah satu kartun animasi yang popular di malaysia satu ketika dahulu. Anda juga boleh menghias bilik anda dengan tema Superman.

Tips 3 : Tema Wonderwoman

Untuk anak perempuan pula. Team yang paling sesuai andalah Wonder Woman. Kerana watak utamanya adalah seorang wanita

Tips 4 : Tema Star Wars

Untuk anak yang sukakan cerita yang main tembak-tembak. Anda boleh hiaskan bilik anak anda dengan tema Stars Wars.

Tips 5 : Tema Batman

Batman memang popular sejak zaman 90an lagi . Sampai sekarang pun masih popular juga. Memang semua kanak-kanak meminatinya.

Tips 6 : Tema Hulk

Hulk walapun nampak gana tapi kanak-kanak sukakanya kerana Hulk merupakan Superhero terkuat.

Tips 7 :  Tema Iron Man

kanak-kanak mana yang tidak suka dengan Ironman. Dengan bentuk robot yang menarik dan memiliki teknologi moden, memang menjadi idaman kanak-kanak.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea untuk menghias bilik anak anda nanti.

Like Giler DECO page untuk lebih info mengenai dekorasi.

Baca juga : Idea Dan Tips Dekorasi Bilik Air Kecil Setaraf Hotel 5 Bintang

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 17, 2021
Dikemaskini pada
Januari 17, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram