Cara Dekorasi Dapur Tanpa Kabinet

Ditulis oleh

"Bila tengok rumah orang lain rasa best jer ada kabinet. Dapur pun nampak tersusun elok jerr.. Sedap mata memandang". Pasti para ibu diluar sana yang dapurnya tidak mempunyai kabinet pernah berfikiran sedemikian bukan?Jangan risau.. Tidak mengapa jika dapur anda tiada kabinet. Teruskan bersama kami untuk mengetahui info lebih lanjut bagaimana untuk dekorasi ruangan dapur tanpa kabinet. Dekorasi ini juga amat sesuai untuk rumah sewa kerana tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk makeover  dapur. Anda pasti terpesona melihat hasilnya. Perkongsian kali ini adalah dari Ana Sakura. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara dekorasi dapur tanpa kabinet.

Cara Dekorasi Dapur Tanpa Kabinet :

 

Pertama sekali dekorasi ini sangat sesuai untuk rumah sewa dan rumah yang tiada kabinet. Tidak mengapa jika rumah anda TIADA KABINET, just diy guna meja lipat biasa letak skirting (boleh refer gamba sebelum)

- letak wallpaper yang kalis air (pvc wallpaper, material keras dan berkilat)- cari di shopee.

-Letak SHELF tanpa L sesiku- beli di ikea (harga 59)
-COMBINATION color mestila tidak lebih dari 3 pilihan warna.. supaya warna diblend cantik.. Dan tidak nampak serabut
-SKIRTING memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas (sis tempah online sahaja)

-BIDAI- guna zebra blind (harga 59)
-Pokok2, frame, organizer box beli di ECO

- LABELLING - tempah di shoppe, atau beli sticker black tulis guna marker silver.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini.Diharap perkongsian kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mencari inspirasi untuk deco dapur tanpa kabinet. Semoga bermanfaat untuk semua ya. Jangan ingat dapur yang tidak mempunyai kabinet tidak boleh didekorasikan cantik-cantik tau.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 25, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 25, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram