Telur Misteri Muncul Tiba-Tiba Angkara Sihir. Ini Cara Betul Untuk Membuangnya

Ditulis oleh

Terkini sedang hangat viral mengenai sebuah perkongsian mengenai sebuah telur mistik dan misteri ini yang tetiba muncul didalam kediaman Raihana Mohammad Fauzi ini.

Melalui perkongsian daripada Raihana Mohammad Fauzi ini , beliau berasa hairan dengan kewujudan satu telur mistik didalam longkang milik rumahnya. Telur itu hanya ada satu sahaja dan masih lagi dalam keadaan elok dan tidak pecah. Hairan bukan??

Pelik dengan keadaan sebegini. Ada yang menyatakan bahawa ia merupakan perbuatan sihir daripada orang yang menghantar "sesuatu" ke arah kediaman beliau. Raihana Mohammad Fauzi berkongsikan cara untuk membuang telur misteri tersebut dengan cara yang betul hasil daripada nasihat ustaz yang pakar.

Telur Misteri Muncul Secara Tiba-Tiba Pada Halaman Rumah. Adakah Angkara Sihir?

Cerita dia pagi tadi, saya jumpa teloq seketoi dalam longkang dalam pagar rumah. Dia sebijik ja dekat situ. Siap elok lagi tak pecah dan ia memang teloq ayam .

Bukan milik ular bukan bewak. Dekat sini ada ja ayam hutan belakang dok masuk tapi sejak buat tiny house jarang ayam masuk pun sebab tembok ni tinggi.

Kalau ada pun dulu ayam2 tu masuk bertelur kat pasu bunga/ celah2 pokok gelap2. Pelikkann? Tiba2 ja telor elok tengah tu tak pecah pulak tu. Dulu dah la penah jumpa kain pompuan dekat tangga pintu tu, seluar dalam laki la apa la dalam kawasan rumah.

So, dah tanya ustaz, dia cakap jangan sentuh. Ada cara2 dia nak buang teloq tu tapi kalau boleh jangan langkah/pegang sebab takut2 orang mai letak sihir/ ilmu hitam ka apa.

JUMPA BENDA PELIK2 TOLONG JANGAN AMBIL BUANG DENGAN TANGAN

Telur Misteri

Cara-Cara Untuk Membuang Telur Misteri Tersebut

1) Ambilkan air. Air panas pun boleh letak dalam baldi.

2) Baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali atau 11 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad 21 kali atau 11 kali.

3) Dah habis baca, niat semoga dengan berkat bismillah dan berkat selawat keatas Nabi yang dibaca baca ni dapat mematikan apa yang tak baik pada telur (apa2 barang yang kita jumpa) dengan izin Allah

4) Siram kan air dekat telur tersebut

5) Ambik apa2 berlapik angkat telur tu buang dalam tong sampah /buang la jauh2 (jangan pegang dengan tangan).

Telur Misteri

Sumber : Raihana Mohammad Fauzi

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 18, 2021
Dikemaskini pada
November 18, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram