Stress Fikir Dapur Jenama Apa Untuk Ganti Dapur Gas Lama? Tak Perlu Kusutkan Kepala Kerana “Rinnai Flexi Hob” Boleh Muat Kebanyakan Size Lubang Kabinet Dapur.

Ditulis oleh

“Hmm..teringin nak tukar dapur gas baru yang nampak moden, tapi takkan nak kena berhabis beribu-ribu untuk ubahsuai kabinet yang dah ada?”

Inilah dilema yang selalu dihadapi oleh suri-suri apabila membelek gambar-gambar dapur yang indah lagi elegan, bercitarasa terkini di Giler Deco. Impian untuk mendapatkan dapur kaca idaman perlu ditimbang tara dengan kos renovasi atau menukar kabinet baru yang tak sedikit pengerasnya.

Memahami situasi sebegini, Rinnai, jenama kelengkapan dapur No.1 dari Jepun mengeluarkan model dapur gas kaca gaya moden tanpa anda perlu mengubahsuai dapur sedia ada. Berpengalaman lebih 100 tahun dalam pembangunan teknologi dapur gas, Rinnai menitikberatkan kehendak pelanggan mereka tanpa mengorbankan kualiti dan ketahanan produk keluaran mereka.

Di sini kami senaraikan beberapa kelebihan dan sebab kenapa dapur Rinnai Flexi Hob Cut-Out seharusnya menjadi pilihan untuk digunakan di dapur anda.

Jom kita lihat dengan lebih lanjut ciri-ciri yang ada pada Rinnai Flexi Hob :

 

1. Flexible Cut-Out Size :

Ciri utama yang menyebabkan Rinnai Flexi Hob menjadi pilihan ramai adalah kerana hob ini mempunyai ciri ukuran fleksibel untuk muat dengan kebanyakan saiz lubang kabinet dapur tanpa perlu mengubahsuai kabinet sedia ada, berbanding dengan hob yang lain.Ini boleh dicapai kerana Rinnai Flexi Hob mempunyai plat logam yang luas (anak panah berwarna biru) untuk menyokong dapur anda.
Anda masih dapat memuatkan selagi ukuran ruang pemasangan dapur anda berada dalam julat ukuran yang tertera pada gambar di atas.

3 Model Dapur Gas Mengikut Keperluan Anda

 

Rinnai Flexi Hob mempunyai 3 jenis model untuk dipilih, iaitu :

1. Model RB-983G

 

RB-983G FRONT

Memiliki 3 tungku dapur untuk memasak secara serentak

  • 4.5kW input gas
  • Pembakar tertutup (Sealed Burner)
  • Ukuran flexible (flexible cut-out size)

Saiz cut-out : 70.5 - 84cm (W) x 40.5 – 48cm (D)

2. Model RB-982G

 

 

RB-982G FRONT

Saiz standard dengan 2 tungku dapur

  • 4.5kW input gas
  • Pembakar tertutup (Sealed Burner)
  • Ukuran flexible (flexible cut-out size)

Saiz cut-out : 70.5 - 84cm (W) x 40.5 – 48cm (D)

3. Model RB-782G

 

 

Sesuai untuk ruang dapur yang terhad

  • 4.5kW input gas
  • Pembakar tertutup (Sealed Burner)
  • Ukuran flexible (flexible cut-out size)

Saiz cut-out : 68 – 73cm (W) x 35 - 41cm (D)

 

2. Peranti Keselamatan (Safety Device)

Kadangkala api dapur terpadam dengan tiba-tiba ketika memasak kerana sup yang telah meruap atau akibat tiupan angin dari luar tingkap. Dalam situasi ini, peranti keselamatan yang tersedia pada Rinnai Flexi Hob akan memutuskan bekalan gas secara automatik bagi mengelakkan kebocoran gas berlaku. Fuh, tak perlu panik dah!

Dengan pengalaman lebih 100 tahun, Rinnai sangat teliti dalam menyediakan ciri keselamatan untuk setiap model dapur gas mereka, selain daripada menghasilkan produk yang berkualiti.

FLEXI HOB SAFETY DEVICE (1)

3. Pembakar Tertutup (Seal Burner)

Pembakar tertutup ini bertujuan untuk mengelakkan lebihan cecair sup atau kuah daripada tumpah ke dalam saluran gas pada tungku dapur. Sebagai bonus, proses membersihkan dapur menjadi lebih senang!

FLEXI HOB SEALED BURNER (EASY TO CLEAN) (2)

4. Kawalan Api Yang Versatile.

Setiap tungku dapur utama Rinnai Flexi Hob ini mempunyai dua lingkaran api yang membolehkan anda memasak apa sahaja sambil melaraskan saiz api yang diinginkan. Ciri ini sesuai untuk kebanyakan masakan rakyat Malaysia yang memerlukan dari sekecil-kecil api untuk merenih sup dan sebesar-besar api semasa menggoreng menggunakan minyak yang banyak.

FLEXI HOB FLAME

5. Mudah Untuk Dicuci.

Permukaan Rinnai Flexi Hob ini diperbuat daripada kaca tahan panas yang mudah untuk dicuci dan dilap sewaktu membersihkan dapur anda.

RB-782G EASY TO CLEAN (1)

6. Penggunaan Kaki Getah

Selain daripada fleksibiliti pada saiz, Rinnai Flexi Hob ini didatangkan dengan 4 kaki getah yang dipasang pada bahagian bawah hob ini. Jadi sekiranya kabinet dapur anda tidak memiliki ruang pemasangan khusus untuk dapur gas, anda boleh meletakkan hob secara terus di atas kabinet tanpa perlu menebuk sebarang lubang pada kaunter dapur anda.

Ciri ini juga sangat sesuai untuk anda yang suka mengalih kedudukan dapur mengikut mood anda.

FLEXI HOB RUBBER LEGS ATTACHED

Amaran: Jangan Guna Windshield!

Penggunaan gas hob windshield untuk menghalang angin dari api terpadam adalah tidak digalakkan sama sekali. Apabila gas hob windshield ini digunakan pada permukaan kaca, ia akan memerangkap haba dalam kawasan hob windshield tersebut dan haba yang terperangkap akan memberikan beberapa kesan negatif :

  1. Haba yang terperangkap akan menyebabkan suhu menjadi terlalu tinggi hingga melebihi daya tahan kaca serta boleh mengakibatkan kaca pecah.
  2. Fungsi perlindungannya akan menyebabkan terlalu sedikit oksigen yang diperlukan untuk pembakaran api boleh mengakibatkan nyalaan kuning serta menghitamkan bahagian bawah periuk dan kuali anda.
  3. Gas yang terperangkap boleh menyebabkan penghasilan karbon monoksida yang tidak baik untuk kesihatan.

Jaminan Dapur Rinnai (Warranty) :

Rinnai menawarkan jaminan umum selama 2 tahun, jaminan 5 tahun adalah untuk injap gas (gas valve) dan jaminan 10 tahun pula adalah untuk bahagian atas yang disaluti kaca (glass top).

Promosi Terbaru :

Rinnai kini sedang mengadakan promosi dalam talian (Online) yang hanya tersedia melalui platform rasmi iaitu Lazada dan Shopee sahaja. Tunggu apa lagi? Cepat miliki dapur ini kerana promosi akan berakhir pada 31 Oktober 2021.

Rinnai selaku jenama no.1 di Jepun, sangat komited untuk menjadikan suasana dapur anda selamat tetapi pada masa yang sama memberikan suasana dapur yang cantik serta selesa. Dengan kelebihan saiz dan ciri yang fleksibel pada mana- mana ruang dapur, sudah pasti pembelian dapur ini sangat menjimatkan bajet dapur baru anda.

Anda dah jumpa dapur idaman kan?

Jika anda berminat, dapatkan Rinnai Flexi Hob di:

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 2, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 2, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram