Rumah Ini Dipanggil "Rumah Cendawan" Kerana Infrastruktur Yang Pelik Membuat Netizen Keliru

Ditulis oleh

Pernah dengar atau tidak akan rumah seakan-akan berbentuk cendawan? Ada sebuah rumah yang berada di negara Jepun ini tular didalam media sosial kerana infrastruktur yang pelik. Rumah itu dibina dengan hanya satu tiang konkrit sahaja ditengah.

Rumah ini mula viral didalam laman Twitter apabila ada orang berkongsikan gambar rumah tersebut dan menyatakan bahawa dia keliru akan rekabentuk rumah yang dibina dengan satu tiang konkrit dan berbentuk cendawan. Ramai netizen lain juga keliru dengannya.

Rumah Ini Dipanggil "Rumah Cendawan" Kerana Infrastruktur Yang Pelik Membuat Netizen Keliru

Rumah Cendawan

Rumah ini terletak di Jalan Prefektur Jobanki 294, Bandar Azumigawa, Kota Takashima, Prefektur Shiga 520-1211. Ia dibina bersebelahan dengan kebun dan ia masih lagi misteri kenapa pemilik memilih untuk membina rumah rekabentuk sebegini.

Ada yang membuat spekulasi bahawa reka bentuk itu dilakukan bertujuan untuk mengelak daripada membayar cukai tanah. Manakala ada juga berpendapat bahawa ia merupakan satu-satunya cara untuk mendapat dua tempat letak kereta sekaligus daripada tanah yang kecil itu.

Walaupun netizen keliru dengan rumah ini, namun bagi rakyat jepun ia merupakan salah satu tarikan kerana rumah ini merupakan rumah yang unik.

Rumah Cendawan

Rumah Cendawan

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Bagi kami, ia mrupakan rumah yang pelik namun pada masa yang sama, ia juga rumah yang unik. Rekabentuk cendawan itu memang lain daripada yang lain. Sebab itu ia dipanggil "Rumah Cendawan".

Sumber : Yuko Mohri

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Makeover Meja Lama Dengan Menggunakan Vinyl Floor Viral Kedai Eco RM 2.10

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 3, 2021
Dikemaskini pada
Februari 3, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram