Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step

Ditulis oleh

Pada masa kini, jelas kebanyakan pemilik rumah yang membina rumah diatas tanah lot sangat gemar menggunakan bumbung jenis besi tidak kira sama ada warna merah, biru, dan sebagainya. Sebab kenapa bumbung jenis ini cukup digemari oleh kontraktor mahupun tukang sekalipun adalah kerana ianya lebih murah, ringan dan senang untuk dipasang. Walaupun ianya banyak kelebihan untuk kegunaan pada masa kini, tetapi ia juga tetap mempunyai risiko risiko penggunaan bumbung jenis metal deck step ini.

Jadi jom sama-sama kita ketahui risiko yang bakal dihadapi oleh pemilik rumah yang dengan penggunaan bumbung jenis metal deck step ini.

Metal Deck Step Roofing Profile :

  1. Pengenalan

    Ia adalah salah satu jenis reka bentuk seolah-olah nampak seperti atap genting. Namun, ia diperbuat dari kepingan besi yang dimasukkan ke dalam mesin bagi dibentuk sebegitu rupa.

  2. Kos

    Dari segi kos pula, ia adalah lebih murah jika dibandingkan dengan menggunakan atap genting. Ini adalah kerana rekaan rangka bumbung juga adalah lebih jarang kerana ia lebih ringan berbanding dengan menggunakan atap genting.

  3. Bunyi

    Jenis profile ini akan lebih bising sekiranya dipasang terus tanpa sebarang gentian fiber (fibre glass) atau gentian batu (rock wool) diletak di bawahnya. Maka ia akan jadi amat bising semasa hujan lebat.

  4. Penebat haba

    Pemasangan step roofing tanpa sebarang kertas aluminium di bawahnya akan menyebabkan penyerapan haba panas dan seterusnya menyebabkan bahagian atas siling menjadi amat panas seterusnya menyebabkan bilik anda turut menjadi panas.

  5. Masalah bocor

  • Cara pemasangan
    Tukang yang memasang profil ini haruslah dari kalangan yang amat berpengalaman. Ini adalah disebabkan oleh profil ini mempunyai banyak lekuk. Sekiranya kepingan yang pertama dan kedua dipasang senget, amat susah untuk memperbaikinya kerana akan berlaku masalah di mana bahagian sambungan akan mempunyai lubang yang membolehkan air masuk di antaranya semasa hujan lebat dan angin kencang.Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck
  • Takung air
    Profil ini memerlukan kecuraman yang sesuai untuk memastikan air dapat mengalir dengan lancar. Jika tidak air akan bertakung diantara lekuk.Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck
  • Kemek
    Disebabkan oleh jarak diantara rangka melintang adalah lebih jauh dan kadang-kala sehingga melebihi 4 kaki, maka adalah lebih menyukarkan untuk memijak di atas rangka bumbung. Sekiranya bumbung itu menggunakan ketebalan kurang dari 0.4mm, maka, kemungkinan ia kemek semasa dipijak diatas profil tersebut adalah tinggi. Apabila profil itu kemek, maka air akan bertakung di atasnya. Air itu akan mempunyai kemungkinan masuk ke dalam celah diantara skru dan bertakung didalam rangka besi hollow. Maka lama-kelamaan besi hollow itu akan berkarat dan ini membahayakan tukang yang naik ke atasnya untuk membuat sebarang pembaikan bumbung.Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck
  • Skru
    Disebabkan oleh profil ini mempunyai banyak lekuk, maka semasa mengikatkannya dengan skru, ia harus dilakukan dengan baik. Jika ia diikat secara senget, pasti air akan mengalir ke dalam celah skru.
    Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck
  • Pembetulan (rectify)
    Sekiranya jenis profil ini silap dipasang pada permulaan, adalah amat susah untuk memperbaiki kesilapan dan akan menyebabkan bahagian sambungan berlubang. Maka cara lain adalah meletak bumbung lain di atasnya atau menukar bumbung lain.Nota: sekiranya anda ingin menggunakan profil jenis ini, perlu pastikan anda beli jenis 0.47mm (TCT) dan ke atas dan cari tukang yang mahir untuk memasangnya. Jika tidak, anda pasti akan pening kepala menghadap masalah bocor.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

Penambahan Kertas Aluminium Mampu Kurangkan Penyerapan Haba?

 

Betul ke selepas menambah kertas aluminium dibawah bumbung jenis ini dapat kurangkan haba? Jawapannya adala ya, ia adalah untuk mengurangkan penyerapan haba dan membolehkan penghawa dingin dapat menyejukkan bilik dibawah dengan cepat dan lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step

Ini adalah sedikit perkongsian berkenaan kerja memasang kertas aluminium dibawah bumbung metal deck jenis step roofing. Dari luar ia kelihatan seperti atap genting tetapi ia sebenarnya diperbuat dari metal deck.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

Didalam pasaran mempunyai pelbagai jenis kertas aluminium. Ada yang dipanggil sebagai single-sided iaitu hanya 1 lapisan kertas aluminium. Manakala ada juga jenis yang double-sided yang bermaksud 2 lapisan kertas aluminium. Disebabkan kertas aluminium adalah sesuatu yang nipis, maka ia harus dilekat (laminate) pada pelbagai jenis permukaan seperti kertas kraft, woven, bublepak, XPE Foam dan sebagainya.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step

Tentang macam mana mahu membezakan sama ada ia berkualiti atau tidak, boleh tanya ia diperbuat dari kertas aluminium (pure aluminium / aluminium foil) ataupun filem aluminium (aluminium film / metalised film). Kedua-duanya nampak sama tetapi sebenarnya berbeza. Hanya mereka yang dalam bidang ini dapat membezakan kedua-dua jenis produk ini. Maka, anda akan lihat ada yang 1 gulung yang hanya dijual dengan harga RM100 lebih sehingga RM1,000 lebih. Macam kita beli kereta Kancil dan Mercedes. Kualiti yang berbeza maka keberkesanannya pun berbeza.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

Untuk projek ini, mereka memasang jenis double-sided pure aluminium laminate on PE Bublepak. Keberkesanannya boleh dilihat dan dirasai. Suhu yang diambil adalah sebelum habis pemasangan bumbung. Pasti hasilnya akan lebih baik dari yang ditunjukkan di sini. Esok akan ambil pula suhu siling sebelum dan selepas sebab jiran sebelah yang juga merupakan kedai. Maka senang sikit untuk membuat perbandingan.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

Suhu Bumbung Jenis Metal Deck Step

Suhu Bumbung Jenis Metal Deck Step

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit : Lee Wai Wan

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 24, 2022
Dikemaskini pada
Februari 24, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram