Menyembunyikan Wayar TV Tanpa Memotong Dinding

Ditulis oleh

Membeli sebuah TV yang besar dan mahal adalah satu kepuasan kerana dapat menonton filem dengan lebih seronok dan berpuas hati. Tetapi pandangan mungkin terganggu apabila melihat wayar yang berselerak di belakang TV tersebut. Mengikat wayar hanya menggunakan tali atau cable tie mungkin tidak dapat selesaikan masalah dengan sepenuhnya. Kali ini kami ingin kongsi cara mudah dan murah untuk menyembunyikan wayar TV tanpa memotong dinding di rumah.

Produk Ini Dapat Menyembunyikan Wayar TV Tanpa Memotong Dinding Rumah Anda

 

Klip Kord Bulat (Round Cord Clips)

Televisyen anda berada di atas meja atau rak televisyen. Anda boleh lekatkan klip kord ini di belakang rak atau di belakang kaki meja tersebut tanpa risau tentang kerosakan pada rak atau meja anda. Susun dan lekatkan klip kord tersebut mengikut cara yang anda inginkan.

Link produk Shopee

Kotak Penyimpanan Kabel (Box Cable Storage)

menyembunyikan wayar tv

Mungkin anda terlalu sayang dengan rak atau meja anda jika menggunakan cara yang pertama tadi. Jangan risau, ini mungkin sesuai dengan anda iaitu kotak penyimpanan wayar/kabel. Kotak ini boleh diletakkan di mana-mana sahaja yang anda inginkan. Pastikan pilih kotak penyimpanan kabel yang sesuai. Selain itu, untuk keselamatan anak-anak anda, sila letakkan kota tersebut daripada penglihatannya.

Link produk Shopee

Penutup Wayar di Dinding (Wall Cord Cover)

Televisyen anda melekat di dinding menggunakan braket, sudah pasti wayar televisyen anda akan terjuntai jatuh. Anda boleh menggunakan produk ini untuk menyembunyikan wayar tanpa mengubahsuai dinding dibelakang televisyen anda. Penutup ini mempunyai pelekat dibelakang yang boleh dilekatkan di dinding.

Link produk Shopee

Cable Management Sleeve With Zipper 

menyembunyikan wayar tv

Kedudukan TV anda berada di tengah-tengah bilik atau anda tidak sukda untuk menggunakan penutup wayar di dinding, anda boleh mencuba untuk menggunakan produk ini. Produk ini sangat mudah untuk menyembunyikan kabel. Hanya perlu masukkan kabel ke dalam sarungnya dan tutup menggunakan zip dan ia juga selamat daripada kanak-kanak.

Link produk Amazon 

Gunakan Perhiasan

Untuk yang tidak gemar untuk menggunakan kesemua produk di atas, ada penyelesaian yang mudah iaitu menggunakan perhiasan atau dekorasi mengikut citarasa anda sendiri. Anda boleh dekorasi sendiri kotak atau pasu bunga yang sesuai dan letakkan di atas meja atau rak untuk menutup kabel atau wayar TV di rumah anda.

Selamat mencuba!

Penting Perbezaan Diantara Paladarium, Riparium, Terrarium, Dan Aquarium

Sumber Hellotech

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 15, 2022
Dikemaskini pada
Januari 15, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram