Renovasi Penuh Tandas Kecil Yang Bermodalkan RM500

Ditulis oleh

Semua orang mengimpikan sebuah tandas yang cantik, bersih dan berbau wangi kan? Siapalah yang suka sangat tandas dibiarkan kotor dan berbau. Memang orang tak akan suka apabila tandas dirumah berada dalam keadaan teruk sebegitu. Kita juga yang akan malu.

Jadi, kepada sesiapa yang merasakan tandas dirumah tersebut dalam keadaan yang teruk boleh lak lakukan renovasi penuh tandas kecil dirumah macam dilakukan oleh Nor Fiza ini.

Nor Fiza telah berkongsikan sebuah renovasi yang penuh dan menyeluruh terhadap tandas kecil dirumahnya. Tujuannya adalah agar tandas dirumah selalu kelihatan cantik, wangi dan elegan. Barulah tetamu yang bertandang kerumah akan menyukainya. Anda juga tidak akan berasa malu ada tandas sebegitu.

Tandas Yang Kecil Ini Dilakukan Sebuah Renovasi Penuh Dengan Berbekalkan Modal RM5K

𝗠𝗔𝗞𝗘𝗢𝗩𝗘𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟-𝗖𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗦

Assalamualaikum & salam PKP lagi. Ini projek PKP sis tahun lepas.Rumah lama, teringin sangat nak full renovation tandas. Tapi terasa sayang sangat nak keluarkan banyak duit. Total kos RM5++ sekali hiasan bagai. Tapi kalau takat nak cat saja dalam RM3++ pon dah cukup.

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Lakukan Renovasi Tandas Ini

Cat tile yang diguna pakai

Plastic stensil beli kat shopee. Kalau corak kecik2 lubang dia lagi mudah untuk cat jadi cantik. Kalau corak lubang besar2 comot pulak jadinya. Mungkin sis tak pandai agaknya.

Proses Renovasi Ruang Tandas Yang Dilakukan Ini

Kengkononnya la kan nak buat macam ni. Tinggi angan-angan sis kan.

Renovasi Penuh Tandas Kecil

Ni lepas undercoat 1 lapisan. Tunggu lapan jam untuk kering. Tapi sis tunggu 2 hari sebab takdak mood nak buat next step.

Ok mood dah datang, sambung kerja cat top coat. Design subway tile tu boleh aja guna wallpaper sticker, tapi sis tak pandai pasang wallpaper jenis sticker. Takut kemurungan jadinya.

Renovasi Penuh Tandas Kecil

Ok ni belum tarik masking tape. Kalau hampa tak mahu buat design bagai macam ni pon dah ok.

Taraaa. Dah tarik masking tape. Tapi rasa masih nampak kosong.

Renovasi Penuh Tandas Kecil

Ok ni sis guna plastic stensil untuk buat corak kat lantai tu.

Taraaaa dah siapppp.

Renovasi Penuh Tandas Kecil

 

Sumber : Nor Fiza

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 9, 2021
Dikemaskini pada
Disember 9, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram