Makeover Bilik Lama Guna Konsep Wainscoting Moden

Ditulis oleh

Bilik tidur adalah tempat yang paling banyak kita habiskan masa berbanding ruangan lain. Jadi, kita haruslah menyediakan dan makeover bilik lama agar ia  selesa yang mungkin agar kita dapat menikmati waktu rehat sebaiknya. Bila sudah selesa, bukan sekadar tidur jadi nyenyak, malah berkualiti.

Seperti yang dilakukan oleh Ummu Al Fateh dan suaminya. Tempoh 2 minggu diperuntukkan untuk menyiapkan dekorasi biik tidur idaman berkeluasan 22ft x 11kaki.

Hanya dengan menggunakan barang dekorasi dari kedai-kedai bajet seperti MR DIY dan kaison, keseluruhan kos renovasi menelan belanja RM1800 termasuk dekorasi + cat + kayu wainscotting.

Tambahan menjadi kelebihan kepada pemilik, suaminya merupakan kontraktor pemasangan wainscotting yang berpusat di Johor Bharu Ziwani Home Deco

Makeover Bilik Lama Menjadi Baru

Sebelum-rumah second hand ini baru lepas siap pasang mozek. Asal lantai parkir yangg dah banyak rosak

Selamat malam you all, asyik upload rumah client je kan, malam ni kita ulang tayang makeover bilik sendiri 2 tahun dulu. Selimut senget dont care gambar lama. Investment untuk makeover bilik ni masa tu almost 10k (upah takda pasal semua buat sendiri) dan sales yang berjaya dibuat oleh gambar-gambar "bilik tidur" ni tahun lepas ratusan ribu juga.

Alhamdulillah. Hanya dengan tekad dan nekad, sebuah perjalanan itu bermula dengan langkah pertama. Berani atau tidak?

Di sepanjang perjalanan, kita tersepak batu, terpijak duri, adakalanya kita berlari, jatuh tersungkur dan bila terlalu penat, kita teruskan berjalan asalkan jangan berhenti.

Kerana ada tangan-tangan yang sentiasa menarik kita bangun, tangan yang menghulurkan air menhilangkan haus, tangan yang merawat lutut kita kala tersungkur dan juga tangan-tangan yang menadah doa untuk kita dari jauh. Kita bangkit kerana mereka-mereka ini yang buat kita kuat.

Semoga hari esok, lebih baik dari hari ini untuk wani dan semua rakan-rakan.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 14, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 14, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram