Renovasi Rumah Ruang Sempit Konsep "Simple Premium"

Ditulis oleh

Sebut pasal rumah teres mesti semua orang sudah dapat bayangkan keluasannya seperti mana. Memilik rumah teres yang tidak luas bukanlah menjadi satu isu untuk anda dalam cuba untuk merenovasi rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari Badd Tasya. Beliau berkongsi hasil dekorasi yang dibuat oleh suaminya itu. Perkongsian itu adalah mengenai renovasi rumah ruang sempit kepada konsep "Simple Premium".

Apa yang menarik perhatian Giler Deco adalah rumah yang dibeli setahun yang lalu ini boleh dikatakan sangat lusuh dan biasa-biasa sahaja. Tetapi dengan kreativiti yang ada padanya dan semua. Pasangan ini mampu tukarkan dari rumah teres yang biasa-biasa kepada luar biasa.

Dekorasi yang diterapkan tersangatlah cantik dengan pilihan warna yang bersesuaian dengan dekorasi yang diterapkan. Rumahnya sekarang kelihatan sangat mewah walapun mempunyai ruang yang agak sempit. Itu semua bukanlah menjadi penghalang untuk pasangan ini dalam merenovasi rumahnya.

Renovasi Rumah Ruang Sempit Kepada Konsep "Simple Premium" :

 

Ini adalah keadaan rumah sebelum proses renovasi dilakukan oleh suaminya. Rumah ini dibeli setahun yang lalu tanpa ada sebarangan dekorasi yang dilakukan oleh pemilik lama rumah ini. Boleh dikatakan rekabentuk rumah ini masih seperti asal dan tidak ada sebarang renovasi yang dilakukan oleh pemilik lama.

Ini adalah keadaan rumah setelah diubahsuai dengan gaya baru tersendiri. Giler Deco boleh simpulkan dekorasi seperti ini digilar dekorasi rumah simple premium. Walapun ruang agak sempit tapi dekorasi yang dilakukan sangat cantik.

Sebelum dibeli memang rumah ini tidak ada banyak perabot di dalam rumah ini. Hasil dari usaha gigih pasangan ini. Beliau mampu menukarkan dari rumah yang agak kurang menarik menjadi rumah yang mendapat perhatian orang ramai. Sangat menarik apabila anda mampu mengubah ruang yang biasa kepada konsep luar biasa.

Renovasi Rumah Ruang SempitIni adalah hasil akhir setelah rumah siap direnovasi dengan gaya baru. Sangat cantik.

Renovasi Rumah Ruang SempitItu sahaja perkongsian yang dapat dikongsi pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 14, 2021
Dikemaskini pada
Mac 14, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram