Mempunyai sebuah rumah milik sendiri merupakan impian terhadap mana-mana seseorang. Dengan adanya rumah sendiri kita dapat membuatkan apa jua dekorasi, renovasi dan juga ubahsuai rumah tersebut mengikut citarasa anda.
Macam yang dikongsikan oleh Nurul Ana Hamid ini, beliau melakukan satu renovasi terhadap rumah flat kecil milik beliau daripada kosong sehingga cantik. Menurutnya lagi, banyak barang-barang dibeli online didalam platform Shopee dan Lazada.
Renovasi yang dilakukan ini memakan modal sehingga RM30k. Barang rumah dianggarkan dalam RM7k dan untuk proses renovate rumah ini adalah RM23k. Jadi, untuk tengok perubahan sebelum dan selepas rumah flat ini. Jom kita tengok perkongsian daripada Nurul Ana Hamid ini.
Salam semua. First time nak share gambar rumah. Biase tengok orang lain hias rumah sendri. Kali nie alhamdulillah dapat share rumah sendiri dalam group nie. Rumah saya rumah flat 2 bilik je, langsir saya jahit sendri dan barang banyak beli online dekat LAZADA n SHOPEE. Idea dari group amat dihargai.
Mana yang nak tau modal keseluruhan untuk kos rumah nie total hampir 30k tapi untuk renovate termasuk lantai mozek, tingkap sliding, cornice, pecah toilet, wiring balik 1 rumah, upah cat, upah pasang wainscoting dengan lantai vinyl semua tu anggaran dalam 23k. Untuk barang rumah anggaran dalam 7k. Kalau anda kreatif, anda boleh buat sendiri dari 23k ataupun mungkin boleh save bawah 20k
Bahagian Rumah Flat Sebelum Renovasi Dilakukan
Ini merupakan bahagian ruang tamu.
Bahagian bilik tidur kami.
Bahagian dapur dan juga tandas. Proses memecah tandas sedang dilakukan masa ni.
Cer teka bahagian ni kami nak buat apa.
Hasil Akhir Renovasi Yang Dilakukan Terhadap Rumah Flat
Tadaaaa! Inilah dia deko lepas kami siapkan renovasi rumah flat ini. Banyak barang yang kami di shopee dan lazada. Berikut merupakan list barangan yang kami beli online untuk melakukan dekorasi rumah flat ini.
Ruangan untuk menonton tv bersama-sama.
Cermin untuk makeup. Yang perempuan mesti lama berdandan disini.
Untuk bahagian ini, kami memutuskan untuk dijadikan sebagai bahagian ruang makan.
Bahagian dapur kami yang simple sahaja.
Tandas pun sudah di renovate menjadi baru.
Sumber : Nurul Ana Hamid