Memiliki dapur yang cantik dan kelihatan mewah memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Meskipun memiliki dapur yang keluasannya agak terhad itu bukanlah menjadi satu penghalang untuk ada tidak mengubahsuai dapur rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari Pa'e Faeza. Perkongsiannya adalah mengenai renovasi dapur kecil miliknya guna konsep "modern english turquoise".
Memiliki dapur yang cantik bukan sahaja dapat menaikkan semangat anda untuk memasak. Tetapi dengan adanya dapur yang baru dan cantik mampu juga memberi keselesaan kepada anda apabila memasak didapur.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian keadaan ubahsuai dapur sebelum dan selepas yang ingin dikongsi oleh wanita ini.
Hasil renovation dapur kecil saya.
Dapur bertemakan english and modern betul-betul menjadi idaman hati. Pemilihan warna hijau untuk cetuskan sedikit ‘mood’ santai dan warna idaman si suami. Bagi peluang dia pilih sebab dia yang menaja kos ubahsuai dapur ini.
Alhamdulilah hasil nya saya suka sangat-sangat. Dan saya selitkan beberapa gambar hasil sebelum dan selepas.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum proses pengubahsuai dilakukan dengan gaya dan konsep baru iaitu modern english.
Ini adalah keadaan semasa proses pengubahsuaian dilakukan dengan konsep baru. Jika dilihat pada dinding dapur rumah backsplash wall sedang dalam pemasangan.
Ini pula adalah keadaan ruang dapur rumah selepas diubahsuai dengan konsep dan gaya baru iaitu konsep modern english.
Ini adalah keadaan dapur dari sudut pandangan lain.
Ini adalah tempat letak mesin basuh pada bahagian dapur rumah. Walapun dapur tidaklah besar mana jika anda pandai bermain dengan ruang jelas dapur anda akan kelihatan cantik dan luas.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak mampu membantu anda dalam mencari inspirasi dalam menrenovasi dapur kecil anda.