Untuk melakukan sebuah proses renovasi rumah subsale setingkat ataupun apa jua rumah sememangnya merupakan kerja yang mencabar. Ia memerlukan kesabaran dan juga kerjasama untuk melakukannya namun hasilnya akan nampak cantik dan berbaloi.
Seperti proses renovasi rumah yang dilakukan oleh Mohd Aswandi ini, beliau berkongsikan gambar sebelum dan selepas rumah subsale beliau yang dilakukan renovasi. Dari bahagian luar rumah sehinggalah ke dalaman rumah.
Menurut beliau lagi beliau membeli rumah ini dengan harga RM220k yang direct daripada owner. Untuk renovasi pula, beliau menghabiskan kira-kira RM20k. Jadi, jom kita tengok hasil renovasi yang dilakukan oleh Mohd Aswandi ini.
Assalam ahli kelab. Pertama sekali syukur Alhamdulillah saya dan isteri berjaya membeli sebuah rumah subsale teres setingkat di kota tinggi, Johor. Harga rumah 220k beli direct owner dan harga rumah di Johor sgt keras yaa. Ni pun rezeki org nak jual harga tu.
Serba sedikit gambar sebelum (ada penyewa) dan selepas untuk dikongsi buat semua. Rumah teres ruang tamu memanjang. Sakit kepala jgk mula2 cari idea konsep entah la janji simple x berselerak. Banyak juga buat sendiri belajar sikit2 dari kelab ni, memang sangat jimatkan kos. Sekarang kami bahagia ada rumah. Syukur Alhamdulillah. Semoga rezeki anda semua juga ada..amin.
Perkara Dan Kos Renovasi Yang Telah Dilakukan
-Tembok depan + tarik belakang + table top
Total RM4200
Rumah 220k + reno 20k
Total semua sekali = 240k
Rupa Rumah Subsale Sebelum Renovasi Dilakukan
Rumah subsale pada awalnya yang merupakan diduduki oleh penyewa sebelumnya.
Hasil Akhir Selepas Renovasi Rumah Subsale Dilakukan
Selepas selesai renovasi yang dilakukan, ini merupakan hasil akhir dekorasi rumah subsale yang cantik ini.
Sumber : Mohd Aswandi