Anda semua pastinya akan merasa bosankan asyik-asyik ada serangga seperti nyamuk, lalat dan juga rama-rama masuk kedalam rumah. Yang paling benci ialah apabila lebah masuk dan nak buat sarang didalam rumah. Untuk elakkan daripada benda ni terjadi, sudah semestinya kita perlu tahu akan proses untuk memasang jaring pada rumah.
Melalui perkongsian daripada Encik Omar didalam grup Facebook Tukang Apa Hari Ini. Beliau mengajarkan cara atau juga proses untuk memasang jaring pada bahagian rumah anda. Lepasni tiada dah masalah serangga luar masuk kedalam rumah kita.
Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Projek pasang nets...dah pasang nets tak risau serangga atau haiwan masuk masa buka slider habis. Musim panas ni buka je slider luas² dapat dapat sejukan rumah.
Dapat kurangkan penggunaan aircond, jimat elektrik. Privacy juga masih terjaga sebab dari luar tak berapa nampak dalam rumah.
Nak pasang jenis magnet strip kos agak mahal, so guna cara ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat
Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Lakukan Proses Ini
Cara Yang Betul Untuk Pasang Jaring Dirumah Anda
Proses dimulakan dengan memasang net terlebih dahulu menggunakan drill pada ruangan yang hendak ditutupkan.
Grill tengah tak pasang cover atas pvc sebab gap antara grill ngam-ngam untuk pvc bahagian bawah sahaja. Nampak screw tapi bahagian tu agak terlindung dan tak nampak sangat.
Bahagian mangga ni buat frame, lepastu potong nets ngam-ngam frame dalam. Nanti boleh buka dan tutup.
Dari luar rumah. Tak nampak dalam dan masih dapat jaga privacy.
Bahagian bawah adalah bahagian bergerak so attach dengan pvc case juga sebagai pemberat dan akan rapat ke lantai. Gam pada jaring dan pvc. Bahagian hujung pvc yang bertemu buat runcing sebab masa buka grill nanti dia akan bertindih 1 sama lain.
Bahagian stopper grill ni kena pasang nets dari luar.
Bahagian atas, nets masukan dalam rail.
Grill kat dapur buat juga. Boleh buka je pintu belakang selalu untuk pengudaraan yang lebih baik untuk sejukan dapur.
Sumber : Encik Omar