Wainscoting pada masa kini sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita semua. Boleh dikatakan ramai pemilik rumah sudah pandai dan berjaya hasilkan wainscoting dengan cara diy. Hal ini kerana, untuk melakukan wainscoting tidaklah begitu sukar, jadi siapa sahaja boleh melakukan diy seperti ini. Perkongsian pada kali ini adalah dari Salmie Suhana. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek wainscoting jadikan rumah kediaman lebih elegan.
Jom ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Alhamdulillah, seminggu siap semuanya, suami buat seorang diri sahaja, isteri bantu hulur-hulur barang. Aktiviti PKP hari itu.
Ini adalah semasa proses wainscoting mula dilakukan dengan mengukur dan melekatkan kayu mengikut keluasan dan keadaan dinding rumahnya.
Kayu tadi selesai dilekatkan bagi penghasilan wainscoting pada dinding tersebut.
Proses pemasangan kayu wainscoting diteruskan dengan melekatkannya pada dinding bahagian menuju ke tangga.
Kayu wainscoting pada bahagian tangga hampir siap dipasang.
Proses diteruskan dengan melekatkan wainscoting pada dinding tangga bahagian atas pula.
Proses seterusnya pula adalah dengan merangka bahagian yang ingin diletakkan cermin wainscoting.
Langkah seterusnya pula adalah dengan melakukan wainscoting pada bahagian bawah pula.
Proses melakar dan merangka bahagian yang ingin dilakukan wainscoting tersebut.
Kayu wainscoting pada bahagian bawah mula dipasangan dan dilekatkan dengan gam Xbond. Bagi memastikan kayu tersebut tidak tercabut, tape digunakan untuk menyokong bahagian yang di gam itu.
Proses semasa pemasangan wainscoting pada bahagian dinding ruang ke dapur.
Dinding yang telah siap dipasang shiplap dan wainscoting pada bahagian bawah tersebut mula dicat dengan warna yang diinginkan.
Hasil wainscoting pada dinding bahagian dekat tangga yang dilakukan tadi.
Gambar selepas dinding shiplap dan wainscoting pada bahagian ruang makan dan dapur selesai dilakukan ubahsuai.
Keadaan bahagian ruang tamu selepas konsep dinding shiplap dengan gaya "Mirror Shiplap" dan wainscoting bawah selesai dilakukan ubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.