Melakukan sesuatu transformasi dapur ini tidaklah sesusah yang kita fikirkan. Walaupun keluasan ruangan dapur tersebut sempit dan hanyalah bertempatkan dirumah sewa, anda masih lagi boleh melakukan projek transformasi dapur tersebut seperti yang dilakukan oleh Amirul Haniff ini.
Beliau berkongsikan hasil transformasi dapur tersebut didalam sesebuah grup facebook Kelab Kaki Deko. Walaupun perkongsian tersebut sangatlah simple untuk dilakukan namun ia cukup sangat untuk membantu sesiapa yang ingin melakukan projek transformasi dapur pada pertama kalinya. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Projek transformasi dapur cinonet untuk rumah sewa saya.- Tukar lantai kepada vinyl flooring- Cat semula dinding- Pasang skirting pada sinki- Pasang 4 tier rak pelbagai guna, lintangkan jadi kabinet atas- Pasang rak dan rel atas sinki- Letak kabinet dapur dan kabinet pelbagai gunaRuang agak sempit, jadi dapat letak dapur memasak jenis satu dapur je. Boleh la dari takda.
Proses Untuk Melakukan Transformasi Dapur Ruang Sempit Ini
Keadaan sebelum transformasi dilakukan. Dapur ni merupakan dapur penyewa yang lama.
Proses memasang vinyl flooring dengan ketebalan 4mm.
Untuk dinding dapur ni saya cat semula warna biru. Warna biru yang saya gunakan ini adalah Oceantide.
Saya pasangkan rak serbaguna, lintangkan supaya jadi kabinet atas. Untuk rak tersebut saya beli kat Tesco, kaki pula dari Ikea. Kabinet dapur beli kat kedai parabot Bayya Pakistan.
Akhirnya siap juga transformasi dapur saya ini. Boleh la bebudak ni guna nak masak megi ke, goreng telur ke.. Set up rumah sewa bujang perempuan.
Skirting ni saya beli kat Aeon. Rel gam terus kat sinki. Pakai rel langsir je.
Mesin basuh dah takda tempat lain untuk parking. Jadi, kesimpulannya ialahh duduk la situ diam2. Hahahaha.
Sumber : Amirul Haniff