Projek Pemasangan Wainscoting Cermin Ruang Tamu

Ditulis oleh

Penghasilan dekorasi pada dinding rumah mengikut konsep dan citarasa tersendiri pada masa kini sudah menjadi perkara biasa. Hal ini kerana, untuk melakukannya tidaklah begitu sukar, barangan yang digunakan untuk pemasangan wainscoting ini juga senang untuk didapati kerana boleh membelinya secara online sahaja. Perkongsian pada kali ini adalah dari Yeni Salas. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek pemasangan wainscoting cermin pada dinding ruang tamu.

Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.

Projek Pemasangan Wainscoting Cermin Pada Dinding Ruang Tamu

 

Alhamdulillah, projek wainscoting hasil tenaga suami dan isteri.

Jadi la untuk hilangkan kebosanan duduk rumah tak ada buat apa kan. Buat projek ni semasa anak cuti sekolah hari itu.

Bahan semua beli dekat Shopee sahaja.
Cuba buat untuk cantikkan rumah sendiri supaya lebih ceria.

 

Keadaan bahagian dinding ruang tamu sebelum dipasang wainscoting dan dicat baru dengan warna merah.

Wainscoting ruang tamu

Dinding ruang tamu setelah dicat. Tape dilekatkan menjadikan garisan untuk memudahkan proses pemasangan wainscoting dan cermin lots pada dinding berkenaan.

Wainscoting ruang tamu

Bingkai wainscoting mula dipasang.

Wainscoting ruang tamu

Selepas itu, proses pemasangan bingkai untuk cermin dan bingkai dalaman supaya ianya kelihatan lebih kemas dan sekata.

Wainscoting ruang tamu

Kesemua bingkai selesai dipasang.

Wainscoting ruang tamu

Tape tersebut dibuang secara berperingkat.

Wainscoting ruang tamu

Tape telah dibuang sepenuhnya. Proses seterusnya pula adalah dengan memasang cermin didalam bingkai yang telah disediakan tadi.

Wainscoting ruang tamu

Inilah hasil bahagian dinding setelah siap pasang wainscoting cermin. Cukup cantik dan menarik hasil yang diperoleh.

Wainscoting ruang tamu

Itus sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk melakukan pemasangan wainscoting secara DIY. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 19, 2022
Dikemaskini pada
Februari 19, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram