Projek Membina Tiny House Pada Halaman Rumah

Ditulis oleh

Semenjak dunia digemparkan dengan penularan virus Covid19 sejak 2 tahun yang lalu, kebanyakan pemilik rumah mula berjinak-jinak dalam bidang pertukangan oleh kerana mahu memanfaatkan waktu yang terluang pada ketika itu. Disebabkan penularan virus ini jugalah ramai pemilik rumah pada masa kini sudah menjadi mahir untuk melakukan dekorasi atau ubahsuai secara sendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Mohd Faiez. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek membina tiny house pada halaman rumah.

Bakat terpendam yang dimiliki oleh lelaki ini dalam dunia pertukangan sangat membantunya dalam penghasilan rumah kecil pada bahagian halaman rumah yang kelihatan kreatif dan cukup menarik.

Jom ikuti perkongsian menarik ini.

Projek Membina Tiny House

 

Dulu semasa PKP 1.0 kita buat gazebo, kali ini kita buat rumah kecil. Bagi mengisi masa lapang, akhirnya siap dalam masa 30 hari.

Terima Kasih kepada mak abah yang bagi semangat dan idea.

 

Ini adalah semasa rumah kecil ini ingin mula dibangunkan.

Untuk keluasan tapak rumah kecil ini. Ianya sekitar 10x10 kaki.

Kerangka mula dipasang.

Saiz bahagian pada kayu bawah itu adalah 2x3.

Bahagian lantai sudah selesai dipasang.

Bagi penghasilan dinding dengan menggunakan corak papan sebegini, caranya adalah anda perlu susun dan letakkan papan secara bertindih.

Kerangka tingkap rumah mula dipasang.

Proses-proses pemasangan dinding kayu hampir siap dilakukan.

Pandangan dari arah pintu hadapan semasa proses dilakukan.

Seterusnya pula memasang kerangka bumbung.

Ia menggunakan besi biru Truss.

Projek Membina Tiny House

Atap zink mula dipasang.

Projek Membina Tiny House

Bahagian dalaman rumah semasa proses pemasangan atap zink.

Projek Membina Tiny House

Ini pula adalah semasa proses penghasilkan tungku kaki rumah kecil ini.

Projek Membina Tiny House

Bentuk tungku kaki rumah setelah simen mengeras. Untuk penghasilan tungku ini, beliau menggunakan 1 beg simen untuk buat 6 baldi campuran simen, pasir. Penggunaan batu kasar perlu lebih banyak serta perlu masukkan besi tiga batang supaya ia lebih kukuh.

Proses mengeluarkan simen dari baldi ini kadangkala akan melekat pada baldi tersebut. Cara mudah untuk memastikan ianya senang dikeluarkan adalah dengan mengetuk pada bahagian sekeliling tong tersebut. Nanti ia akan terkeluar dengan sendiri.

Proses untuk meletakkan tapak simen itu pula adalah dengan mengangkat rumah kecil itu dengan menggunakan jek lori. Rumah ini di jek lebih kurang 2 kaki untuk memasukkan tapak simen tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dari air bertakung sewaktu hujan.

Projek Membina Tiny House

Tingkap rumah sebelum dipasang.

Bahagian tangga utama.

Kayu corak yang akan dilekatkan pada bahagian tepi rumah.

Kayu hiasan bercorak setelah dicat.

Penghasilan pintu ini adalah dari lebihan kayu dinding dan dibelah dua.

Pintu rumah ini setelah siap dipasang.

Projek Membina Tiny House

Keadaan bahagian dalaman rumah setelah diterapkan sedikit dekorasi simple.

Projek Membina Tiny House

Pandangan dari sudut jauh keadaan rumah kecil dan gazebo setelah selesai dibina.

 

Projek Membina Tiny House

Pandangan dari arah hadapan.

Projek Membina Tiny House

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 12, 2022
Dikemaskini pada
Februari 12, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram