Bilik tidur yang cantik sudah semestinya datang dari pemilik yang sering menitikberatkan penjagaan dan kekemasan bilik tidur tersebut. Walaupun anda memiliki bilik tidur yang lama sekalipun, jika anda terapkan konsep deko yang bersesuaian, sudah tentu bilik tidur anda akan kelihatan lebih menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nur Shafira. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek makeover bilik tidur rumah kampung guna barang Shopee dan IKEA.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Assalam hai.
Pertama kali post dekat sini. Sebelum ini, selalu tengok saja deko orang lain. Kali ini rasa nak kongsi hasil deko bajet dan simple dari saya.
Projek makeover bilik tidur dekat kampung, bilik kecil sahaja. Cat dan pemasangan semua buat berdua saja dengan adik lelaki. Sebab sekarang kerja dari rumah dekat kampung. Amat memerlukan ruang dan suasana kerja yang selesa. Makeover ini dibuat semasa PKP, jadi barang-barang bilik 100% beli online dekat Shopee dan IKEA.
Nak survey dan cari barang pun limited sangat. Jadi saya gamble saja beli online semua. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan hasil deco ini.
Ini adalah keadaan bilik tidur kampung tersebut sebelum proses ubahsuai mula dilakukan.
Perabot dan barang mula dikeluarkan bagi memudahkan proses ubahsuai dilakukan.
Ini pula adalah bahagian sudut tempat letak almari pakaian lama.
Keadaan bilik tidur setelah selesai diubahsuai dengan sangat cantik dan menarik.
Pada bahagian dinding itu diletakkan cermin solek yang dibeli di Shopee.
Lebih menarik lagi apabila barangan yang digunakan ini adalah dibeli dari IKEA dan Shopee sahaja.
Ruang bekerja dari rumah yang dihasilkan olehnya.
Bahagian cermin apabila dibuka. Sesuai untuk menyimpan barangan makeup.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.