Dekorasi rumah yang menggunakan konsep tumbuhan hidup pada bahagian halaman rumah mampu menjadikan ruang tersebut lebih menarik dan sangat menyegarkan mata apabila dipandang. Kebiasaannya, ruang sebegini tidak memerlukan pagar pada bahagian hadapan rumah, Tetapi jika ingin memasang pagar juga tidak menjadi masalah. Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Ja Zahirah Harun. Beliau melakukan projek grill ruang atrium ruang tersebut supaya lebih kelihatan cantik dan menarik.
Pernahkah anda dengar mengenai ruang atrium? Disini Giler Deco jelaskan, dalam seni bina, atrium adalah ruang terbuka yang besar atau ruang yang diliputi cahaya matahari yang dikelilingi oleh bangunan. Atria adalah ciri biasa dalam kediaman Rom Purba, memberikan cahaya dan pengudaraan ke bahagian dalaman dengan konsep penggunaan tumbuh-tumbuhan pada ruang tersebut.
Ingin melihat perkongsian ini dengan lebih lanjut? Jom ikuti perkongsian menarik ini.
Grill asal telah lerai pada bahagian bawahnya kerana faktor cuaca dan haiwan (tempat kucing lepas hajat).
Konsep sebegini merupakan inspirasi dari satu pintu rumah sederhana di Vietnam, beliau gabungkan dengan bahan seperti corrugated clear roof bahagian bawah pintu ini supaya kalis kencing kucing dan memberi ilusi ruang yang luas.
Permulaan proses, pintu ini dibuat frame dahulu sekeping-sekeping daunnya, ikut luas yang dimahukan untuk letakkan grill. Untuk saiznya pula, boleh bincang dengan tukang grill berapa lebar, berapa tinggi, berapa keping daun yang anda dimahukan. Kemudian, tukang hanya letak skru tengah daun pintu atas dan bawah supaya boleh dipusing-pusingkan 360 darjah.
Kemudian, Bahagian bawah daun itu suaminya skrukan dengan atap clear berombak macam zink itu untuk estetik design sahaja serta untuk mengelakkan karat kena kencing kucing.
Inilah hasil pagar selepas selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.