Rumah yang cantik adalah datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga dan menitik beratkan keadaan dan suasana rumah supaya kekal kelihatan menarik. Pada masa kini, rata-rata pemilik rumah sering mendekorasikan rumah mereka dengan gaya dan konsep wainscoting. Hal ini kerana, pemasangannya yang ringkas membolehkan pemilik rumah menghasilkannya dengan cara DIY sahaja. Perkongsian pada kali ini adalah dari Amiey Eriey. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy wainscoting ruang makan berkonsepkan white.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian menarik ini.
Projek DIY Suami Isteri.
Alhamdulilah. Selesai Projek diy wainscoting rumah kecil kami.
Bini boleh la bantu sikit-sikit pegang kayu dan cat-cat, kira boleh tahan nak buat,
Saya cuba untuk deco-deco walau tak mahir sangat.Tema rumah ini adalah white sebab cukup suka warna putih sebegini.
Bahagian dinding ruang makan tersebut semasa proses pemasangan wainscoting dilakukan.
Keadaan ruang dinding sebelah kiri setelah dilekatkan dengan wainscoting.
Ini adalah hasil pertama kali buat, nak tempah interior designer tak mampu, jadi, mereka cuba buat sendiri dahulu. Hasil kayu wainscoting, gam dan gergaji semua secara online dari Shopee, sehari dua selepas itu terus sampai depan rumah. Cat pulak saya beli cat Jotun Majestic.
Dinding sebelah kiri setelah selesai dipasang wainscoting.
Bahagian penjuru dinding dihiasi dengan pokok palsu skybird.