Cara DIY Barn Door Hanya Guna Barang Shopee

Ditulis oleh

Pada zaman moden kini, Boleh dikatakan semua orang tahu dan mengenali apa itu barn door. Barn door cukup popular dan sering digunakan oleh pemilik rumah bagi memastikan keadaan pintu rumah kediaman kelihatan cantik dan menarik. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita iaitu Nurlailah Khadijah. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy barn door hanya guna barang shopee.

Jom sama-sama kita ikuti langkah dan cara yang ingin dikongsikan oleh pasangan ini.

Cara DIY Barn Door Guna Barang Shopee :

Salam Semua. Alhamdulillah settle project diy barn door sebelum Ramadhan Al Kareem. Semua barang beli dari shopee, total cost +- Rm400.
Boleh refer gambar untuk step by step, semoga sharing ni bermanfaat.

Barn door railing ini dibeli dari shopee.

deco rumah

Selepas ukur, tandakan tempat drill, kena pakai mata skru yang besar sebab skru barn door ini tebal dan panjang.

deco rumah

Dah siap pasang railing, ukur untuk roda nak skru dekat pintu.

deco rumah

Railing siap dipasang.

deco rumah

Kemudian sangkutkan pintu yang siap skru dengan roda dekat railing. Pintu pine order dari shoppe.

deco rumah

Kemudian pasang handle. Handle ni sebenarnya handle cabinet dapur, tapi kami buat handle pintu. Beli dekat shopee juga.

deco rumah

Kemudian nak bagi tambah menarik, buat design pintu bentuk chevron. Kayu mdf dari shoppe.

deco rumah

Cantik juga warna kayu, tapi tak masuk tema pulak dengan toilet.

deco rumah

Akhir sekali cat kan black matte. Baru masuk dengan tema toilet. Cat black matte brand san cora.

deco rumah
Itu sahaja perkongsian langkah dan cara untuk melakukan diy barn door ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi sumber inpirasi dan idea dalam melakukan diy sendiri di rumah. Jika anda berminat ingin membeli barangan seperti diatas. anda boleh lihat dibawah ini, Kami sudah sediakan link.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 17, 2021
Dikemaskini pada
Mei 17, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram