Projek DIY Rak Kasut Bermodalkan RM150

Ditulis oleh

Penghasilan projek diy pada masa kini memang boleh dianggap perkara biasa jika anda seorang yang suka bertukang. Dengan melakukannya secara diy, ia lebih menjimatkan daripada membeli secara terus. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang suami yang bernama Ahmad Johar. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy rak kasut bermodalkan rm150.

Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy yang menarik ini.

Projek DIY Rak Kasut

 

Apabila isteri minta rak kasut warna putih itu, suami pun DIY lah apa yang termampu.

 

Gambar dibawah ini adalah rak kasut yang di inginkan oleh isterinya,

Kayu yang ingin dijadikan rak itu dikepit dengan menggunakan Apit G. Harga untuk satu Apit G itu sekitar RM20.

Apakah Fungsi Apit G?

Apit G berfungsi sebagai pencantum kayu dengan melekatkan pada bahagian sisi kayu tersebut. Tujuan ia digunakan adalah untuk menunggu gam pada cantuman itu kering.

Kemudian, separuh daripada kayu yang dibeli tersebut dibalut dengan menggunakan sticker marble PVC. Ianya boleh sahaja dibeli di platform online seperti Shopee.

Board segi empat sama tersebut adalah MDF Board. Sebahagian daripadanya juga dibalut dengan menggunakan sticker marble pvc.

Untuk sebahagian dari kayu board itu lagi, ia dibalut dengan menggunakan sticker marble gold.

Board selesai dibalut. Seterusnya pula adalah proses pemasangan rak.

diy rak kasut

Hasil projek diy setelah selesai dilakukan. Cantik hasil yang diperoleh. Nampak sangat kreatif dan menarik.

diy rak kasut

Kita selitkan sekali model untuk rak kasut ini.

diy rak kasut

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam mencari idea untuk lakukan projek diy dengan cara bajet. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 31, 2022
Dikemaskini pada
Januari 31, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram