Pagar privasi sememangnya menjadi keutamaan semua orang diluar sana. Tujuan pagar privasi ini adalah untuk dijadikan penghalang daripada dipandang oleh orang luar. Jadi, jika kita ingin melakukan aktiviti luar rumah tidaklah rasa malu atau terasa dilihatkan.
Melalui perkongsian daripada Nazziatul Nahira ini, beliau melakukan sebuah DIY cara untuk melakukan pagar privasi daripada cement board. Ia juga mampu mencantikkan juga pagar anda dan bukan hanya berfungsi sebagai penghalang semata-mata.
Beliau berkongsikan DIY melakukan pagar privasi tersebut didalam laman Facebook beliau. Jadi, jom kita tengok perkongsian cara untuk lakukan pagar privasi ini dan hasil akhir diy yang dilakukan ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat². Manfaatkan "stay at home" dengan diy pagar rumah agar nampak lebih berseri. Bagi yang nak buat macam ni costing ikut keluasan rumah mcm rumah saya costing nya seperti berikut :
Cement board : RM300 (5 keping besar)
Skru (stain steel) - RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama² akan ada kesan karatCat Jotun (wheater shield) 2 tong(5 liter) - RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)Saiz cement board : 4 ft x 8 ftSaiz potongan cement board : 30 inch x 6 inchSaiz skru (self drill) : 1 inchTools yang digunakan :Grinder (mata potong tile),cordless drill,tape,pensil,penimbang air/pembaris.Pastikan alatan semua lengkap baru lah mudah buat kerja diy anda.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Lakukan DIY Pasang Pagar Ini
Cara Untuk Melakukan Pemasangan Pagar Privasi Ini
Untuk proses pemasangan pagar privasi ini harusnya dimulakan dengan menentukan kawasan mana yang anda ingin anda meletakkan cement board untuk dijadikan sebagai pagar privasi dirumah anda
Ini pula adalah sebuah cement board yang telahpun dipotong saiz nya.
Proses ini dimulakan dengan menganggarkan terlebih dahulu jarak dan bilangan cement board yang hendak diletakkan pada pagar tersebut.
Hasil Akhir Projek Pemasangan Pagar Privasi Ini
Alhamdulillah, akhirnya siap juga hasil diy yang dilakukan ini. Walaupun nampak simple dan senang jer tapi memakan masa juga untuk membuatnya. Hasilnya juga sangat berpuas hati sebab dapat melakukannya dengan sendiri.
Sumber : Nazziatul Nahira