Nak pergi bercuti sekarang pun masih lagi dalam ragu-ragu dengan keadaan covid sekarang. Walaupun dah boleh pergi bercuti namun masih lagi risau dengan keadaan diluar sana.
Anak-anak juga dah lama mengidam nak bermandi-manda di sungai. Jadi, Fikri Abu Hassan mendapat satu idea untuk melakukan sebuah projek diy kolam renang dihalaman rumahnya.
Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada Fikri Abu Hassan ini bagaimana cara beliau melakukan diy kolam renang simple di untuk halaman rumah beliau.
Projek kolam renang habuan lepas gian mandi sungai.rupa tak brapa nak ada. Alhamdulillah banyak kali pasang dah,masih bertahan.
Saiz 9'x5'x2' guna paip pvc wirering. pipe joint beli kt shoppe. modal tak sampai rm100 tak termasuk canvas sebab yang tu tokey conopi bagi.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Melakukan DIY Kolam Renang
Cara Untuk Melakukan DIY Kolam Renang Ini
Projek diy ini dilakukan dengan mengasingkan beberapa batang paip dan juga soket yang telah kami beli ini bertujuan untuk memudahkan lagi proses membuat rangka kolam renang ini.
Selepas selesai asingkan barang, sekarang beralih pula kepada proses membuat rangka kolam renang tersebut. Proses ni senang jer sebab sambung-sambung batang paip tersebut dengan soket yang betul namun nak memikirkan rangka kolam renang tersebut memakan masa.
Sedikit demi sedikit membuat rangka ni, sekarang inilah dia bentuk kolam renang kami ini. Hanya perlu menunggu letak kanvas kolam sahaja dan isi air dalam tu.
Alhamdulillah, akhirnya siap juga projek diy kolam kami yang simple ini. Disebabkan teringin sangat mandi manda disungai tapi mandi dalam kolam diy ini pun dah jadilah. Cubalah lakukan dirumah. Simple jer nak lakukannya.
Sumber : Fikri Abu Hassan