Rumah yang cantik dan menarik adalah datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga bahagian dalaman rumah serta keadaan persekitaraannya. Walaupun keadaan halaman rumah anda dipenuhi dengan semak samun dan hutan belantara, itu tidak bermakna akan dibiarkan terbiar selama-lamanya. Jika mahukan halaman rumah sentiasa kelihatan menarik, anda perlu hasilkan satu kelainan pada halaman rumah. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nadiah Syed Nahar, beliau kongsikan penghasilan projek diy halaman rumah dipenuhi semak samun jadikan taman berkelah mini.
Halaman rumah, jika digayakan dengan konsep yang menarik dengan melakukan deco berkonsepkan landskap, ia akan menimbulkan suasana yang ceria.
Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.
Keadaan halaman rumah sebelum dan selepas. From a jungle to a sanctuary. Daripada hutan ke tempat yang rasa sangat tenang. Suka buat picnic dan minum tea dekat sini.
Keadaan halaman rumah semasa proses ubahsuai mula dijalankan.
Ini adalah semasa proses penanaman rumput filipina.
Proses pemasangan rumput diteruskan lagi dan sudah hampir siap dipasang.
Rumput karpet filipina selesai dipasang. Pertumbuhannya mengambil masa lebih kurang 3,4 bulan untuk membesar dengan suburnya.
Dekorasi pada pokok kelapa ini dilakukan pada malam hari raya yang lepas. Ketika ini adalah untuk menaikkan semangat anak-anak sambut hari raya.
Dekorasi garden wall ketika ini baru sahaja dihasilkan.
Keadaan halaman rumah setelah selesai diubahsuai dengan konsep taman mini hadapan rumah.
Ketika ini mereka berkelah selepas hari hujan.
Ini adalah semasa makan tengah hari sambil menikmati pemandangan landskap halaman rumah.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang memasang niat untuk melakukan dekorasi seperti ini.