Projek DIY Cara Buat Bed Skirt Cover Mudah Dan Simple

Ditulis oleh

Ada tak ibu-ibu yang terpaksa simpan barang-barang bawah katil disebabkan ruangan rumah yang terhad? Bagi yang mempunyai rumah besar, itu memang tidak akan menjadi masalah untuk anda kerana tentunya mempunyai ruang yang agak luas. Perkongsian kali ini adalah dari Yatie Eimra mengenai projek diy cara buat bed skirt cover mudah dan simple. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin di kongsi oleh wanita ini.

Masalah bagi pemilik rumah yang kecil adalah ruang yang terhad untuk menyimpan barangan. Saya pula sebelum ini banyak buat projek DIY untuk aktiviti anak dengan congkak DIY, tikar snake dan ladder bagai, macam-macam lagi. Bila sudah banyak, terpaksa jugalah simpan projek DIY anak bawah katil dia supaya mudah nak ambil bila nak guna.

Sejak bilik anak ini jugalah yang menjadi bilik tetamu bila nenek-nenek dia tidur disini, terpaksa la buat bed skirt cover agar tidak menyakitkan mata tengok barang bawah katil tu. Bed skirt cover ni ade jer jual dekat shopee dengan harga serendah rm25. Tapi sebabkan ada kain yang tak guna, kita transform jadi bed skirt cover.

Langkah 1 :

Potong kain mengikut ketinggian kaki katil. Pastikan lebihkan sikit kalau nak buat jenis selit bawah katil

No photo description available.Langkah 2 :

Boleh buat ropol-ropol, hias riben kalau anda suka.

No photo description available.Langkah 3 :

Jangan lupa jahit velcro dan tampal sebelah lagi dekat tepi rangka katil. Sebaiknya tampal velcro sepanjang rangka katil itu tetapi kalau nak jimat, potong pendek-pendek dan tampal jarak 1 kaki sahaja.

No photo description available.Langkah 4 :

Sengaja lebihkan kain supaya boleh selitkan bawah tilam. Kalau tak nak selit pun tiada masalah. Boleh ikut kemahuan sendiri mahu yang macam mana.

No photo description available.Segala projek DIY anak diletakkan bawah katil ini.

No photo description available.Ini hasil yang sudah siap. Kemas bukan? Tidak la menampakkan serabut bila orang tengok.

Image may contain: people sitting and indoorItu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada pemilik rumah yang mempunyai ruang terhad. Semoga bermanfaat.

Baca juga : 20 Dekorasi Tempat Tidur Yang Menarik Untuk Kucing Kesayangan Anda!

 

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 24, 2021
Dikemaskini pada
Januari 24, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram