Jika anda perasan, kebanyakan rumah di Malaysia memang tidak mempunyai awning yang dibina penuh untuk melindungi ruang hadapan rumah dari terkena cahaya matahari yang berpanjangan dan tempias sewaktu hujan. Disebabkan ketiadaan awning, ramai pemilik rumah mengupah pakar dalam menghasilkan bumbung tambahan bagi menghalang kawasan halaman rumah dari cuaca panas atau hujan. Tetapi, jika anda pandai bertukang, bolehlah cuba untuk buat sendiri. Sumber rujukan cara diy awning juga boleh dicari di Youtube sahaja.
Itu yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Zainal Zaibani. Berbekalkan sedikit pengalaman bertukang yang dimilikinya, beliau telah menghasilkan diy awning rumah yang cukup cantik dan kelihatan mewah.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy yang menarik ini.
Alhamdulillah siap projek DIY awning sendiri. Buat waktu-waktu ada masa lapang sahaja. Nak tempah tak cukup duit. Ada sedikit pengalaman dan skill kita cuba la buat sendiri. Akhirnya siap.
Apa Itu Awning Rumah?
Sebelum kita teruskan perkongsian ini, kita kenali dahulu apa itu awning. Awning rumah didefinisikan sebagai bumbung atau atap tambahan pada kawasan rumah yang berfungsi sebagai teduhan bagi melindungi kawasan rumah anda daripada haba cahaya matahari atau basah tempias air hujan.
Ini adalah besi yang digunakan.
Ini pula adalah semasa melakukan proses welding.
Besi awning setelah siap diwelding dan di cat. Proses akhir pula adalah pasangkan pada bahagian berkenaan.
Kerangka bumbung setelah dipasang.
Hasil akhir setelah awning siap dipasang sepenuhnya. Cukup cantik dan kelihatan sangat mewah.
Menurut beliau, kos yang dikeluarkan untuk memiliki awning yang kelihatan cantik dan mewah sebegini sekitar RM1K sahaja. Jika mengupah orang, sudah pasti kosnya berbeza dan lebih mahal. Bahagian bumbung yang digunakan adalah jenis ACP.