Projek Bertukang Meja Workbench Dari Abang Sado

Ditulis oleh

Penghasilan kerja-kerja pertukangan dengan cara DIY pada masa kini sering dilakukan oleh semua golongan tidak mengira peringkat umur. Walaupun projek sebegini kadangkala kelihatan agak susah untuk dilakukan, tetapi, jika kerap dilakukan, lama kelamaan ia akan menjadi lebih mahir dan mudah. Seperti yang dilakukan oleh abang sado ini yang bernama Nur Hidayat Dahalan. Beliau telah menghasilkan projek bertukang meja workbench dengan cara diy sahaja.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Projek Bertukang Meja Workbench

 

Terimalah hasil karya terbaru saya Workbench table akibat banyak sangat tengok Youtube, terpengaruh jadinya.

Tujuan nak buat meja ini sebab dalam otak banyak benda DIY yang nak dibuat sendiri dan cadangan dari orang sekeliling juga.

Meja kerja bagusnya untuk elak sakit belakang. Maka tercipta la meja, cabinet dekat bawah itu. saja-saja buat, idea sepintas lalu dan ada la storage untuk peralatan lain.

Selamat berkarya semua.

 

Ini adalah semasa proses pemasangan kerangka meja tersebut.

Selepas itu, meja tersebut disapu dengan cat berwarna hitam.

Dia lah abang sado yang bertanggungjawab dalam penghasilan projek diy ini.

Workbench table

Bahagian tengah meja itu boleh dibuka dan boleh juga dijadikan sebagai laci.

Workbench table

Keadaan meja selepas dipasang pintu kabinet. Cukup menarik dan kreatif apa yang dihasilkan oleh lelaki ini.

Workbench table

Inilah hasil penuh meja workbench setelah siap proses mengecat dan pemasangan kabinet.

Workbench table

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 12, 2022
Dikemaskini pada
Februari 12, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram