10 Pokok Viral Dalam Rumah Yang Perlu Anda Tanam

Ditulis oleh

Sejak kebelakangan ini semakin ramai rakyat Malaysia gemar mendekorasi rumah mereka. Tidak kurang juga semakin ramai yang mula untuk membela pokok hiasan di dalam rumah untuk menaikkan seri rumah mereka. Kali ini kami berkongsi beberapa jenis pokok viral dalam rumah yang perlu anda tanam.

Jenis-jenis Pokok Viral Dalam Rumah Yang Dapat Mencantikkan Lagi Suasana Rumah Anda

1

Monstera Deliciosa

Pokok Monstera dikenali sebagai pokok yang pelik tetapi istimewa kerana permukaan daunnya yang berlubang membuatkan nilai pokok ini mahal dan unik.

Tips utama untuk menjaga pokok ini ialah penerimaan cahaya matahari mestilah seimbang. Daunnya akan bertukar menjadi kuning jika menerima terlalu banyak cahaya. Selain itu, daun yang baru tumbuh akan menjadi lebih gelap jika penerimaan cahaya kurang. Tambahan pula, pokok ini tahan daripada kemarau.

Cahaya: Sederhana
Air: Bila tanah kering
Jenis tanah: Saliran dengan baik, pasu yang sedikit besar untuk menampung tumbesaran akar.
Mesra kanak-kanak/haiwan: Tidak

ZZ Plant - office
2

ZZ Plant

ZZ atau nama saintifiknya Zamioculcas Zamirfolia. Pokok ini sesuai untuk diletakkan di dalam ruangan pejabat kerana permukaan daunnya yang licin dan berlilin dapat memantulkan dan mencerahkan ruang. Pokok ini boleh hidup jika kurang cahaya matahari. Pokok ini sangat istimewa kerana mempunyai kelebihan sebagai pembersih udara kerana ia mampu membuang toksin yang dibawa oleh udara.

Cahaya: Terang atau kurang cahaya
Air: Bila tanah kering
Jenis Tanah: Campuran tanah bersama pasir atau berair
Mesra kanak-kanak/haiwan: Tidak 

Snake Plant - office
3

Snake Plant

Pokok ini merupakan spesis pokok yang tahan lasak. Daun pokok ini masih segar dan tajam jika pokok ini ditinggalkan dalam masa beberapa hari. Pokok ini boleh membesar dalam dua situasi iaitu dalam gelap dan cerah, tetapi jangan letakkan pokok pada cahaya matahari yang terus.

Cahaya: Secara tidak langsung
Air: Apabila daun semakin kecut
Jenis Tanah: Sabut kelapa
Mesra kanak-kanak/haiwan: Tidak

 Skybird – best pick
4

Skybird

Pokok Skybird atau dikenali sebagai “Bird of Paradise” dianggap sebagai ratu pokok di dunia ini. Pokok ini berasal dari Afrika Selatan mempunyai bentuk dan warna bunga yang cantik serta unik. Ia sangat popular untuk dijadikan pokok hiasan di dalam rumah.

Cahaya: Digalakkan cahaya yang terang.
Air: Siram apabila tanah separuh kering
Jenis Tanah: Tanah organik dengan pengaliran yang baik.
Mesra kanak-kanak/haiwan: Separa.

Dracaena
5

Dracaena

Secara umumnya pokok hiasan ini merupakan pokok yang popular dengan kebolehan boleh hidup di dalam dan di luar rumah. Ketinggiannya mencapai tiga kaki di dalam rumah dan mempunyai daun yang lebat. Daunnya juga berkilat dan boleh membesar sehingga satu kaki panjang dan beberapa inci lebar. Dracaena ini mempunyai banyak spesis.

Cahaya: Yang telah ditapis seperti langsir.
Air: Siram apabila permukaan tanah kering
Jenis Tanah: Bergambut dan saliran yang baik.
Mesra kanak-kanak/haiwan: Ya.

Golden Pothos
6

Golden Pothos

Di Malaysia, pokok ini dikenali sebagai “pokok duit”. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tumbuhan ini juga sesuai untuk diletakkan di dalam rumah dan mampu untuk menapis gas toksik seperti fromaldehid dari udara. Pokok ini juga dapat bertahan daripada musim kemarau kerana mereka hanya perlu disiram apabila tanah itu kering. Tumbuhan ini juga beracun dan perlu jauhkan daripada kanak-kanak.

Cahaya: Terang / kurang terang
Air: Tanah kering / daun sudah gugur
Jenis Tanah: Campuran tanah yang mengering dengan baik
Mesra kanak-kanak/haiwan: Tidak 

Golden Pothos
7

Spider Plant

Pokok ini mudah untuk dibesarkan di dalam rumah. Pokok ini didatangi dengan pelbagai variasi dan ia mudah dijaga kecuali apabila hujung daunnya sudah bertukar menjadi warna coklat. Pokok ini harus diletakkan di bawah pencahayaan yang sederhana. Pada tempoh awal pertumbuhan, ia perlu disiram sekali-sekala sahaja tetapi sebaik sahaja pokok ini sudah berkembang penuh, anda perlu menyiramnya secara sederhana.

Cahaya: Sederhana
Air: Apabila tanah hampir kering
Jenis Tanah: Campuran tanah mudah mengalir
Mesra kanak-kanak/haiwan: Ya

Areca Palm
8

Areca Palm

Areca Palm merupakan jenis tumbuhan yang berdaun nipis dan panjang. Tumbuhan ini sesuai berada di dalam bilik tidur kerana mempunyai faedah membersihkan udara. Jika anda mempunyai masalah seperti selsema atau resdung, pokok ini dapat membantu mengeluarkan kelembapan ke udara untuk membantu pernafasan yang baik.

Cahaya: sederhana sehingga terang
Air: apabila tanah semakin kering
Mesra kanak-kanak/haiwan: Ya

Peace lily
9

Peace Lily

Bunga ini adalah tumbuhan yang sesuai juga berada di dalam bilik tidur. Fungsinya dapat membersihkan udara dengan membuang toksin serta meningkatkan kelembapan udara bilik tidur. Dalam masa yang sama ia dapat membantu menenangkan sebarang masalah alahan, tekak kering atau resdung.

Cahaya: Sederhana sehingga kurang
Air: Apabila tanah kering atau daun gugur 
Mesra kanak-kanak/haiwan: Separa, namun elakkan.

Jade Plant
10

Jade Plant

Pokok Jade ini mempunyai saiz daun kecil dan bulat serta berkilat. Tumbuhan ini agak lasak dan tahan lama serta boleh menyesuaikan diri di dalam mana-mana suasana rumah. Sifat tahan lasak yang tumbuhan ini mudah untuk mencapai jangka hayat yang panjang. Ia memerlukan sistem tanah yang boleh mengalirkan air kerana kelembapan yang lebih akan membuatkan tumbuhan ini berkulat.

Cahaya: Cerah dan separuh cerah
Air: Tanah hampir kering
Jenis Tanah: Lembap
Mesra kanak-kanak/haiwan: Tidak untuk haiwan 

Itu sahaja perkongsian kami mengenai pokok viral dalam rumah. Pemilihan pokok yang sesuai bergantung kepada citarasa anda dan ruang yang ada. Selamat mendekorasi rumah dengan pokok!

Diterbitkan pada
Februari 13, 2022
Dikemaskini pada
Mac 15, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram