Rumah pusaka adalah rumah yang boleh dikatakan banyak meninggalkan kenangan bermakna untuk anda kerana disitu jugalah tempat anda membesar dan bermain. Jadi bagi memastikan keluarga anda dapat hidup dengan selesa di rumah pusaka itu, tidak salahnya jika anda cuba untuk ubahsuai rumah tersebut supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Yatt Zainudin. Perkongsiannya adalah mengenai makeover rumah pusaka lama arwah mak guna konsep "soft grey".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Cadangnya nak buat frame dan letak cermin besar. Tapi tak payahlah. Nanti siap rumah sendiri, buat kat rumah sendiri. Sekarang hias je la dulu rumah arwah mak.
Tukar tikar baru sebab dah reput and semut bersarang. Tukar lampu, kipas tu spray matte black dan kerusi kayu vernish je warna hitam.
Langsir dah 14 tahun. Jadi tukar baru jahit sendiri. Bantal kusyen jahit sendiri, tukar warna dinding dan sarung kusyen plain beli dekat lazada.
Pokok skybird beli dari shoppe. Repair dinding yang pecah
Karpet memang tak pakai dah sebab masing-masing alahan.
Ini adalah keadaan rumah semasa proses ubahsuai mula dilakukan dengan mengecat bahagian dinding dengan warna putih.
Perabot lama ini akan dicat semula supaya kelihatan lebih menarik dan cantik.
Keadaan rumah sebelum diubahsuai. Kelihatan agak berserabut.
Repair dinding pecah dengan cara menampal semula kawasan yang pecah itu.
Proses menyapu habuk tadi dilakukan oleh anaknya.
Tikar getah lama mula dicabut.
Keadaan dalaman rumah setelah disapu bersih.
Kerusi kayu lama sebelum di cat semula.
Kerusi kayu lama selepas di cat.
Kipas di spray supaya kelihatan baru semula.
Lampu yang dibeli di Shopee siap dipasang.
Sarung bantal kusyen jahit sendiri.
Ruang tamu depan memang tak ada tv. Ruang tamu tengah ada tv.
Cahaya waktu pagi.