Makeover Bajet Untuk Jiran Tetangga Belakang Rumah

Ditulis oleh

Siapa yang tak kenal Nani's Makeover kan? Seorang yang pakar dalam melakukan apa jua makeover yang elegan, mewah mahupun yang bajet. Sudah banyak projek makeover yang beliau lakukan dan sekarang dalam buruan mencari projek makeover yang terbaharu.

Projek yang terbaharu beliau lakukan ialah makeover bajet terhadap rumah dibelakang rumah jiran beliau. Meraka merupakan orang yang susah dan duduk dirumah yang diwakafkan. Jadi, beliau membantu hias rumah dengan segala barang yang ada.

Hasil makeover terhadap rumah jiran itu telah dikongsikan didalam grup Facebook yang bernama Kelab Deco Rumah. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif diatas bantuan yang dihulurkan oleh Nani's Makeover tersebut.

Makeover Bajet Terhadap Jiran Tetangga Belakang Rumah Dengan Modal Bajet

Assalamualaikum.

Saya nak kongsikan sedikit projek cipta bahagia saya dan adik Norpadilah Binti Afandi untuk sahabat baik kami yang kebetulan jiran belakang rumah.

Kami buat tahun lepas. Kawan kami ni agak susah. Duduk dirumah yang diwakafkan oleh sahabat kami juga yang meninggal beberapa tahun lepas.

Kami Tak mampu nak Bantu yang terlalu gah.

Kami bantu hias rumah ni dengan segala barang yang Ada dikeliling rumah untuk dijadikan hiasan.
Saya sekadar belikan sedikit cat Dan karpet.
Cat untuk meja, perabot Dan sedikit utk wall kedapur kami guna je dari stok cat yang kami ada.
Untuk langsir sy guna Kain punji je rm2.50 semester. Jahit sendiri dapat jimat sikit. Buat sementara kami guna batang mop je utk gantung langsir.

Semua hiasan rumah kami diy guna barang2 terpakai. Kutip2 kayu tepi rumah. Lampu gantung pun buat sendiri.

Kiranya sehabis jimat. Tikar getah tuan rumah beli.

Makeover Bajet

Makeover Bajet

Makeover Bajet

Pintu tu tuan rumah decide tak guna lagi. Dia guna pintu yang lain. Sementara gantikan pintu tu dengan dinding batu, kami guna ruang yang ada sehabis baik.

Setakat tu je yang kami mampu buat dlm tempoh 2 hari sesambil buat kerja hakiki kami. InsyaAllah Kita boleh bagi bahagia dengan kudrat yang ada walaupun kami tak kaya.

Sumber : Nani's Makeover

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 21, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 21, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram