Rumah pusaka adalah rumah lama peninggalan ibu-bapa kita. Jika dibiarkan tidak diurus mungkin akan semakin lusuh dimakan anai-anai dan sebagainya. Ada sesetengah orang mereka mengambil langkah untuk tinggal dirumah pusaka bagi mengelakkan rumah itu terbiar dan kosong. Jadi perkongsian pada kali ini adalah dari Hanee Fakhrurazi. Perkongsiannya adalah mengenai makeover rumah pusaka berusia 40 tahun kepada "ruang ilmu keluarga".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Laman Ilmu Ar RaziKami tinggal di rumah pusaka, rumah family. Rumah dah berusia hampir 40 tahun. Make over ruang rumah tingkat atas jadi ruang family (Library and aktiviti riadah). Semuanya buat sendiri bersama husband dengan anak-anak. Dari mengecat, pasang lantai, pasang perabot ikea and susun atur dari PKP 1 sampai PKP 3. Saja post sini kot kot dapat beri manfaat pada semua.
Sebelum mula deco. Rasanya last cat rumah ni dalam tahun 1999-2000.
Papan playwood banyak yang dah kembang. Rumah kampung. Macam ni lah. tirih merata bila hujan and angin kuat. so pasang semula dinding playwood and tampal yang lubang-lubang.
Scary kan nak naik rumah atas kalau dah suram macam ni.
Masa tengah kemas-kemas nak mula projek deco "Ruang keluarga".
Baru lepas cat. barang-barang masih bersepah.
Tingkat atas ni jadi stor simpanan barang-barang yang sayang yang nak dibuang.
Sofa lama sayang nak dibuang. Hantar kedai untuk salin kulit and tambah span.
Sofa ni pun hantar kedai salin baju. Sayang nak dibuang.
Kerusi ni umur dah 20 tahun lebih. Hantar kedai juga tambah span and salin kulit.
Pasang lantai vinyl getah yang gam. Pasang area depan sini saja sebab lantai kayu tak sama rata. Tak berapa nak cantik and jadi mudah terkoyak. Beli di lazada saja (lazada habis stock).
Link Shopee vinyl floor jikalau anda berminat untuk membelinya : https://invol.co/cl339a6
Link Shopee gam vinyl floor khusus untuk tandas sahaja : https://invol.co/cl339b8
Link Shopee gam vinyl floor untuk lantai biasa : https://invol.co/cl4bbuh
Before and after lepas pasang lantai vinyl yang getah.